Home / Artikel Menarik / BOSE Umum Produk Wireless Baru – SoundSport dan SoundSport Pulse

BOSE Umum Produk Wireless Baru – SoundSport dan SoundSport Pulse

SoundSport_Wireless_004

Inginkan irama bertenaga seperti senaman anda? Direkacipta untuk mendorong anda ke hadapan, fon kepala Bose Soundsport dihubungkan secara wireless membolehkan anda bergerak cergas tanpa belitan wayar. Tip telinga StayHear®+ direka untuk keselesaan dan stabiliti. Ia diperbuat daripada bahan silikon yang lembut dan berbentuk unik untuk pakai di dalam liang telinga dan tidak mudah tertanggal.

Di luar dan di dalam rumah, fon kepala SoundSport adalah kalis air/ peluh dengan prestasi audio yang hebat. Mic inline dan kawalan remote menbolehkan si pengguna untuk menumpukan perhatian kepada senaman dan pada masa yang sama memilih lagu, mengawal volum, membuat atau menerima panggilan telefon.

SoundSport_Wireless_001

Fon kepala SoundSport Pulse dilengkapi pengesan kadar degupan jangtung dalaman yang setanding dengan pengesan yang dipasangkan di dada (chest strap). Jadi, si pemakai dapat memantau prestasi diri sambil menikmati lagu-lagu yang digemari dalam satu produk. Ia juga serasi dengan Runkeeper, Endomondo dan aplikasi kecergasan yang lain.

Apabila dicaj sepenuhnya, fon kepala SoundSport boleh menemani pelari untuk menamatkan larian marathon. Hayat bateri Soundsport adalah sehingga 6 jam manakala Soundsport Pulse sehingga 5 jam.

SoundSport_Wireless_003

Fon kepala SoundSport boleh didapati dalam warna Hitam dan Biru (Aqua) dengan harga RM790 pada tarikh yang akan diumumkan kelak; SoundSport Pulse pula boleh ditempah di bulan September 2016.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.atlasestore.my

Check Also

POTATOES USA Lancar Kempen “Real Food, Real Performance 2019”

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 5 November 2019 – Walaupun bersaiz kecil, kentang membekalkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!