Home / Berita Terkini / One Belt One Road (OBOR) Marathon Erat Kerjasama China – Malaysia

One Belt One Road (OBOR) Marathon Erat Kerjasama China – Malaysia

 

motac one belt one road marathon

Kuala Lumpur, 28 Februari 2017 – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan China Athletic Association (CAA) akan bekerjasama untuk menganjurkan One Belt One Road (OBOR) Marathon Major Series Malaysia pada 1 Oktober 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, path hari ini. Sidang media tersebut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Pegawai Eksekutif (Marathon) Wisdom Sports Group (China), Encik Zhang Han dan Ketua Pegawai Eksekutif Circlic Interactive Tourism Sdn. Bhd., Dato’ Ngiam Foon.

One Belt One Road (OBOR) Marathon Major Series Malaysia’

Pelaksanaan marathon tersebut akan dilakukan melalui satu perjanjian usahasama di antara Wisdom Sports Group (syarikat yang telah dilantik oleh CAA) dan Circlic Interactive Tourism. Penganjuran acara ini menyasarkan 20,000 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Menurut Datuk Rashidi, pihak CAA telah melancarkan siri marathon OBOR sebagai satu Iangkah untuk menyahut seruan inisiatif One Belt One Road Kerajaan Republik Rakyat China untuk menghubungkan China dengan sebahagian besar Eropah dan Asia termasuk Ocenia dan Afrika Timur khususnya melalui industri sukan marathon.

motac one belt one road marathon2

Rashidi berkata acara itu juga merupakan kesinambungan penganjuran Sukan SEA ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos dan Sukan Para ASEAN ke-9 dari 17 hingga 23 Sept depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marathon Wisdom Sports Group (China) Zhang Han berkata penganjuran maraton tersebut dijangka menarik pelancong China ke Malaysia.

Dalam hal ini, Kementerian telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak CAA melalui pendekatan pelancongan sukan (sports tourism) bagi menggalakkan kedatangan pelancong khususnya dari negara China.

Malaysia merupakan lokasi pertama di luar China bagi penganjuran bagi siri marathon antarabangsa tersebut. Program ini merupakan pelan 5 tahun bermula 2016 sehingga tahun 2020. di mana sejumlah 18 siri marathon bakal dilaksanakan di seluruh dunia. Inisiatif ini adalah merupakan sebahagian daripada hasil lawatan YAB Perdana Menteri ke China pada tahun lalu.

Check Also

Eliud Kipchoge Bakal Bersaing dalam Acara 10K di Amazing Thailand Marathon Bangkok Disember ini

Share this on WhatsApp Tahukah anda Eliud Kipchoge, pelari marathon legenda bakal kembali ke dunia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!