Kuala Lumpur, 2 Mac 2017 –Livescape Group mengumumkan penundaan Electric Run ke 29 Julai kerana percanggahan jadual artis antarabangsa.
“Artis yang kami idamkan untuk memberikan pengalaman hebat kepada para peserta tidak dapat menerima undangkan kami kerana percanggahan jadual. Demi pengalaman yang tidak mudah dilupakan untuk pesta keraian pasca-acara, kami terpaksa menunda tarikh larian tersebut.”, kata Muhammad Iqbal, Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group.
“Kami amat teruja untuk membawakan Electric Run yang paling hebat dalam sejarah kepada para peserta, jadi ikuti kami untuk pengumuman dalam masa terdekat.,” tambah beliau.
Penganjur acara, The Livescape Group memohon maaf ke atas segala kesulitan yang timbul dan permintaan untuk pengembalian wang pendaftaran boleh dibuat melalui [email protected] dari sekarang sehingga 31 MaC 2017.
Pendaftaran masih sah kepada sesiapa yang masih mahu meneruskan larian pada tarikh baru dan tidak memilih untuk wang pendaftaran dikembalikan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/electricrunmalaysia atau ikuti Twitter di @electricrunmy dan Instragram di @electricrunmy.