Home / Artikel Menarik / 6 Cara Penjagaan Kasut Lari Agar Tahan Lebih Lama

6 Cara Penjagaan Kasut Lari Agar Tahan Lebih Lama

penjagaan kasut

Dengan harga RM300 atau lebih untuk sepasang, kasut lari yang berkualiti bukanlah murah. Jadi, kita haruslah menjaga kasut kita agar boleh dibawa berlari dengan lebih lama sebelum menggantikannya. Jom kita baca…

1. Pakai kasut Lari Untuk berlari sahaja
Kasut lari memanglah selesa dan cantic tetapi janganlah memakainya 24 jam sehari. Simpan kasut lari anda untuk berlari sahaja. Elakkan daripada menggunakannya untuk shopping atau bersiar-siar. Dengan cara ini, kita dapat elakkan “wear and tear” pada kasut.

2. Tanggalkan kasut dengan cermat
Walaupun anda penat selepas berlari, jangan tanggalkan kasut anda dengan memijaknya kasar. Uraikan tali kasut terlebih dahulu agar kasut tidak diregang dengan terlalu kuat.

3. Elakkan suhu tinggi bila mengering kasut
Biarkan kasut anda kering dengan sendiri tanpa menggunakan pengering (dryer) atau dijemur di bawah sinaran matahari terik. Sumbatkan suratkhabar lama di dalam kasut untuk cepat kering.

4. Pakai kasut anda bergilir-gilir
Anda digalakkan mempunyai dua pasang kasut yang boleh digunakan secara bergilir-gilir untuk latihan. Ini boleh memanjangkan hayat kasut dan membolehkannya membuat “recovery” atau pemulihan. Kasut juga perlukan “recovery” untuk mengembalikannya ke saiz dan fungsi yang normal!

5. Jangan dedahkan kasut anda kepada keadaan ekstrem
Simpan kasut di dalam tempat yang kering dan suhu bilik. Jangan letakkan kasut anda di dalam bonet kereta kerana suhu yang tinggi akan menrosakkan gam dan getah kasut. Jauhi dari serangga perosak seperti lipas.

6. Beli model yang terkini
Pada kebiasaannya kasut “new arrival” tidak diberikan diskaun. Walaupun begitu, ia adalah lebih berbaloi untuk membeli kasut “fresh” daripada kasut lama penghabisan stok yang menawarkan potongan harga yang tinggi. Ingatlah, hayat kasut juga akan berkurangan jika disimpan terlalu lama di dalam gudang.

#jomkitalari

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!