Home / Artikel Menarik / New Balance Lancar Koleksi Legasi Kelabu NB 574

New Balance Lancar Koleksi Legasi Kelabu NB 574

JD x NB Grey Day Celebration_1

Sempena ulang tahun ke-30 tahun kasut klasik NB 574, New Balance melancarkan koleksi “Legacy of Grey” pada bulan Mac ini di seluruh kedai JD di Malaysia. Kasut lelaki “Legacy of Grey” diinspirasi oleh dua kasut berstatus legenda kelabu iaitu New Balance 99X dan 1000 series – the original 990 dan 1300JP.

JD_x NB_Grey Day Photo 8

Rekaan klasik kasut lari yang masih digemari ramai sehingga hari ini kerana daya kusyen yang mantap, gaya minimalism dan silhouette yang asli. Kasut lari ikonik New Balance 574 boleh didapati mulai 15 Mac 2018 degan harga runcit RM339.

JD_x NB_Grey Day Photo 5

Influencer Alexis Su Ann, Yuth Gan dan Nicholas Mak memperagakan gaya terkini dengan jenama pakaian yang terdapat di kedai JD seperti Supply and Demand dan Pink Soda Sports, dilengkapkan dengan kasut klasik New Balance 574.

JD x NB Grey Day Celebration_2

New Balance turut berkolaborasi dengan dua artis bebas Malaysia, Vincent Paul Yong, seorang jurugambar fesyen dan Annie (lebih dikenali sebagai Con Ele), seorang pereka dan artis tatu untuk menghasilkan rendisi simbol ‘N’ yang artistik dalam pameran satu hari sahaja pada 15 Mac di JD Pavilion.

JD x NB Grey Day Celebration_5

Buat masa yang terhad, dari 15 – 18 Mac 2018, penggemar kasut boleh mendapatkan potongan harga RM50 untuk pembelian kasut New Balance 574 secara eksklusif di JD Pavilion Elite, JD Sunway Pyramid, JD Sunway Velocity, JD KOT Mid Valley, JD AEON Tebrau City, JD KOT IOI City Mall, JD KOT Sunway Carnival dan JD Mahkota Parade.

Check Also

Luahan Hati Seorang Pelari Ninja Muslimah

Share this on WhatsApp Baru-baru ini #jomkitalari telah menerima suatu permintaan yang agak luar biasa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!