Kuala Lumpur, 15 March 2018 – Jenama kecergasan antarabangsa, Reebok mengumumkan kerjasama bersejarah dengan pelakon filem “Wonder Woman”, Gal Gadot.
Gal Gadot menyertai barisan wanita Reebok berpengaruh termasuk Ariana Grande, Gigi Hadid, dan Victoria Beckham yang komited untuk memperkasakan wanita di seluruh dunia.
“Working out has always been a big part of my life, especially with having a mother who was a PE teacher, I was exposed to an active lifestyle from an early age. Through fitness, I have found that I gain strength, endurance and confidence, and I couldn’t imagine a better partner than Reebok to join me on this journey.” – Gal Gadot
Menurut Gal Gadot, beliau telah terdedah kepada gaya hidup yang cergas sejak umur yang muda lagi melalui ibunya, seorang guru pendidikan jasmani. Beliau percaya Reebok adalah rakan jenama yang terbaik untuk kehidupan yang lebih cergas.
“Di Reebok, kami percaya potensi seseorang itu adalah tidak terhad. Kami ingin berkerjasama dengan wanita yang mampu memberi dorongan kepada semua lapisan generasi untuk mengambil risiko dan terus maju melakukan sesuatu yang positif di dalam dunia,” kata Todd Krinsky, Pengurus Besar Performance Business Unit, Reebok.
“Her relentless spirit and natural leadership have already captivated and inspired millions and we believe that this is just the starting point. Through fitness we know that we have the power to change lives and we are elated to have such a powerhouse in our corner to tell this story with.” – Tood Krinsky.
Gal Gadot memakai Koleksi Reebok’s Women’s Training yang menampilkan corak warna hitam dan putih, lambang kekuatan dan gaya sofistiked. Reebok’s Speed HER TR, Lux Tight, Hero Strong Bra, dan Perforated Speedwick Tank boleh didapati sekarang melalui Reebok.com.
Untuk maklumat lanjut, ikuti @Reebok, @ReebokWomen, @ReebokMalaysia dan @gal_gadot.