
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 – Jenama sukan global New Balance melakar sejarah baharu apabila secara rasmi membuka Run Hub (Hab Larian) pertamanya di Asia Tenggara, bertempat di Suria KLCC, Kuala Lumpur. Inisiatif ini menandakan komitmen jenama tersebut terhadap budaya larian yang semakin berkembang di rantau ini.

Selepas kejayaan pelancaran Run Hub di Jepun dan China, edisi Kuala Lumpur membawa semangat yang sama ke Asia Tenggara — sebuah ruang yang direka khusus untuk menyokong pelari dari segi fizikal dan mental. Dengan pendekatan berteraskan prestasi, ketercapaian dan komuniti, Run Hub ini menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pelari dari semua peringkat.

Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk ruang simpanan beg yang selamat, pinjaman kasut larian berprestasi tinggi New Balance untuk sesi ujian di sekitar Taman KLCC, serta imbasan kaki 3D dengan konsultasi pakar bagi membantu pelari mendapatkan padanan kasut yang paling sesuai.





Run Hub ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Lot 153–155, Tingkat 1, Suria KLCC. Pelbagai aktiviti komuniti turut dijadualkan berlangsung sepanjang bulan November sebagai lanjutan kepada pelancaran ini.

Dengan pembukaan ini, New Balance bukan sahaja memperkukuh kehadirannya di Malaysia, malah memperluas pengaruhnya dalam membina komuniti pelari yang aktif dan inklusif di rantau ini.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti @NewBalanceMalaysia di Facebook dan gunakan tanda pagar #NewBalanceMY dan #RunHubKLCC untuk berkongsi pengalaman anda.
