Home / Artikel Menarik / Nak berlari dengan lebih pantas? Biar Under Armour membantu anda!

Nak berlari dengan lebih pantas? Biar Under Armour membantu anda!

Kecanggihan teknologi Under Armour dalam mempertingkatkan prestasi atlet -atlet telah pun terbukti. Contohnya, kasut larian pintar HOVR, yang boleh digandingkan dengan aplikasi UA MapMyRun. Sistem tersebut akan menjadi lebih pintar dengan fungsi Form Coaching secara real-time yang diperkenalkan tahun lepas. Dengan adanya fungsi Form Coaching, si pemakai dapat memperbetulkan cara larian dan dapat mengurangkan risiko kecederaan melalui maklumbalas secara langsung daripada aplikasi tersebut.

Under Armour telah menggunakan data yang diperolehi daripada ribuan pengguna MapMyRun dan mendapati bahawa setiap pelari mempunyai kadar cadence sasaran (cadence target range) yang tersendiri bergantung kepada sifat-sifat individu seperti tinggi, berat dan cara larian. Melalui manfaat data cadence ini, Under Armour dapat membantu para pelari untuk meningkatkan prestasi larian mereka. Jom kita baca lebih lanjut.

APLIKASI UA MAPMYRUN

Pelari yang menggunakan Form Coaching Under Armour adalah 7% lebih pantas dan berlari 3% lebih  jauh berbanding pelari yang lain.

Dengan adanya jurulatih maya (virtual coach) yang ditampilkan di dalam aplikasi UA MapMyRun, para pelari boleh meningkatkan prestasi mereka. Hal ini telah terbukti melalui kesimpulan data yang diperolehi daripada kira-kira 87,000 pengguna Form Coaching di dalam aplikasi MapMyRun.

Kajian tersebut telah dibuat ke atas pelari-pelari yang telah menamatkan sekurang-kurangnya 1.6 km di antara 1 Januari dan 25 September tahun lepas.

Menurut Jeff Knight, Pengurus Kanan Sains Produk Digital di Under Armour, “Data baharu ini telah membuktikan bahawa pendekatan kami dalam kajian, inovasi, dan pembangunan produk adalah menuju ke arah yang betul dengan penggunaan teknologi kami.”

Under Armour telah mengkaji kasut yang dihubungkan secara digital sejak awal tahun 2010, tetapi pembangunan teknologi coaching mula dipertingkatkan dalam tahun 2017 apabila pasukan sains produk digital dan pasukan sains data Under Armour memulakan analisis data daripada 50 pelari terpantas di Boston Marathon dengan merakamkan larian mereka menggunakan MapMyRun. Pasukan tersebut mendapati perbezaan dalam cadence, atau langkah per minit setiap pelari yang mencabar tanggapan lama komuniti larian daripada segi pemahaman cadence sasaran universal.

Berikutan dengan penemuan tersebut, Under Armour telah menggunakan data yang diperolehi daripada ribuan pengguna MapMyRun dan mendapati setiap pelari mempunyai kadar cadence sasaran (cadence target range) yang tersendiri bergantung kepada sifat-sifat individu seperti tinggi, berat dan cara larian. Dengan manfaat daripada data cadence ini, Under Armour dapat  membantu para pelari dalam meningkatkan prestasi larian mereka.

“Melalui kajian industri ini, kami menyedari bahawa cadence saling  berkait rapat dengan perasaan yang dirasai ketika berlari,” kata Knight, yang juga merupakan seorang bekas jurulatih sukan balapan. “Jadi, jika anda berjaya mendapatkan kadar cadence yang betul, anda dapat  merasakan larian anda akan menjadi lebih mudah. Dengan jumlah optimum cadence, anda akan dapat mengurangkan impak yang dirasai oleh badan apabila menjejakkan kaki di atas tanah.”

Berdasarkan kesimpulan ini, Under Armour telah mengenal pasti satu formula yang menentukan unique cadence target (sasaran cadence unik) bagi setiap individu dalam menggunakan metriks yang diperolehi melalui pengesan digital yang tertanam di dalam tapak tengah kasut lari, kemudian dihantar melalui hubungan Bluetooth kepada MapMyRun.

Data tersebut telah mendorong kepada pembangunan teknologi Form Coaching Under Armour, dan memberikan pelari-pelari dengan maklumbalas audio secara langsung (real-time) ketika dalam larian untuk meningkatkan prestasi mereka dan pada masa yang sama dapat mengelakkan risiko kecederaan kepada kaki.

KOLEKSI KASUT LARIAN UA HOVR

Sehingga ke hari ini, lebih sejuta pelari telah menghubungkan kasut mereka kepada aplikasi UA MapMyRun. Angka ini dijangka akan meningkat dengan penambahan  rangkaian kasut lari HOVR baharu yang kini telah berada di pasaran:

HOVR Machina 2

Diperkenalkan pada Januari 2020, kasut larian UA HOVR Machina yang menggandingkan kepantasan kasut lumba lari dengan keselesaan kasut untuk latihan larian jarak jauh. Kasut larian HOVR Machina 2 ini menampilkan fabrik telus udara yang telah diperbaharui dan lebih ringan, serta bahagian permukaan kasut yang lebih nipis untuk mencegah kelembapan yang terperangkap.

HOVR Infinite 3

UA HOVR Infinite merupakan teras rangkaian kasut larian UA HOVR. Dilancarkan pada tahun 2018, ia dicipta untuk latihan larian jarak jauh. Kasut larian berprestasi ultra ini sesuai digunakan oleh pelari-pelari yang inginkan sasaran jarak jauh dalam larian. HOVR Infinite 3 menampilkan midsole (tapak tengah) HOVR yang diperbaharui dengan 30% daya kusyen HOVR tambahan untuk larian yang lebih bertenaga dan lebih ringan.

HOVR Sonic 4

UA HOVR Sonic memberikan kombinasi daya kusyen dengan kadar tindak balas (responsiveness)  kasut kepada si pemakai yang inginkan kasut yang versatil. HOVR Sonic 4 menampilkan fabrik telus udara yang diperbaharui dan lapisan tapak yang lebih ringan.

KOLEKSI ISO-CHILL

Gandingkan kasut HOVR anda dengan pakaian larian Under Armour yang menampilkan teknologi Iso-Chill. Si pemakai akan rasa lebih selesa dan lebih sejuk dengan fabrik istimewa Iso-Chill walaupun ketika melakukan senaman yang berintensiti tinggi.

Bebenang nylon berbentuk riben di dalam fabrik ini membantu membebaskan haba manakala titanium dioxide — sejenis ramuan di dalam sebagai pelindung matahari — menarik keluar haba dari badan. Jadi, anda akan merasa lebih nyaman, dan dapat berlari dengan lebih jauh dan lama. Jadi, cubalah pada hari ini!

PROMOSI HARI RAYA (6 -16 Mei 2021)

Beli 2 produk untuk mendapatkan diskaun 15% bagi semua Pakaian dan Kasut Sukan kecuali koleksi Project Rock.

Kasut-kasut UA HOVR dan koleksi Iso-Chill boleh didapati sekarang di Under Armour Brand Houses di seluruh negara dan secara online di https://www.underarmour.com.my/en-my/

#UAHOVRCoachesYou #TheOnlyWayIsThrough #UAHOVR

@underarmoursoutheastasia

Check Also

Standard Chartered Singapore Marathon™ 2025 Hadir dengan Format Dua Hari yang Lebih Menarik

Share this on WhatsApp Singapura, 15 April 2025 – Standard Chartered Singapore Marathon™ (SCSM), perlumbaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!