POLAR, jenama yang dikenali sebagai peneraju peranti boleh-pakai (wearable) teknologi sukan sejak tahun 1977 telah memperkenalkan jam tangan kecergasan Polar Ignite 2 ke pasaran Malaysia.
Ignite 2 merupakan jam tangan kecergasan yang sesuai untuk dipakai setiap hari untuk kegunaan gym, berlari dan berbasikal. Ignite 2 menampilkan reka bentuk yang bergaya, hayat bateri yang dipertingkatkan, mode jimat tenaga (low-power) untuk kegunaan sesi senaman berpanjangan, dashboard ringkasan mingguan, fungsi menyiarkan kadar degupan jantung melalui Bluetooth kepada peralatan gimnasium dan banyak lagi fungsi jam tangan pintar.
Ia mengekalkan fungsi-fungsi terbaik dari edisi sebelumnya termasuk paparan sesentuh yang terang, fungsi GPS dalaman, pemantauan kadar degupan jantung berterusan, fungsi senaman FitSpark, senaman pernafasan berpandu Serene, dan fungsi tidur Nightly Recharge.
Ignite 2 didatangkan dalam empat warna yang menarik iaitu hitam, biru, champagne, dan merah jambu.
Sorotan Fungsi Ignite 2:
- BERGAYA – Ringan tetapi tahan lasak dan boleh diubah-suai mengikut citarasa dan kesesuaian
- KETEPATAN – Dilengkapi teknologi kadar degupan jantung dan GPS berintegrasi untuk to merekodkan kelajuan, jarak dan lokasi.
- RUNNING PROGRAM – Pelan latihan adaptif yang dapat membantu untuk memperolehi sasaran larian dengan efisien dan jitu.
- DATA TIDUR & PEMULIHAN (RECOVERY) – Fungsi Sleep Plus Stages™ dan Nightly Recharge™ mengumpulkan data terperinci untuk jangkamasa dan kualiti tidur, dan juga mengukur tempoh pemulihan semalaman untuk menyediakan anda bagi menghadapi hari esoknya.
- SERENE – Fungsi pernafasan berpandu untuk mengimbangi tubuh badan dan minda.
- FITSPARK™ & WEEKLY SUMMARY – Panduan senaman harian yang boleh diubah suai mengikut keperluan individu berdasarkan data pemulihan, sejarah kesediaan dan latihan dengan FitSpark™, dan pemantau kemajuan dengan fungsi Ringkasan Mingguan (Weekly Summary).
- HR SENSOR MODE – Ukuran kadar degupan jantung yang teat secara langsung (real-time), dan dan boleh disalinghubungkan dengan peranti-peranti lain seperti peralatan gimnasium dan komputer kayuhan basikal.
- FUNGSI PERLU JAM TANGAN PINTAR – Paparan dashboard yang mudah digunakan untuk kawalan muzik, laporan cuaca dan notifikasi.
- SPORTS MODE – Menyokong lebih daripada 130 jenis sukan. Anda boleh memasukkan sukan kegemaran anda ke dalam jam tangan melalui Polar Flow dan mengubah suai paparan mengikut kehendak anda untuk setiap sukan.
Berlatihlah dengan lebih pintar dengan jam tangan kecergasan Polar Ignite 2 yang bergaya untuk merakamkan aktiviti harian anda, kadar degupan jantung, tidur, pemulihan dan panduan senaman harian yang boleh diubah suai mengikut keperluan anda.
Harga jualan yang disyorkan: MYR1,199.00
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ourpolar.com/