Home / Artikel Menarik / Boleh kita berlari selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19?

Boleh kita berlari selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19?

Anda baru sahaja mendapat suntikan vaksin COVID-19 dan anda merasa sangat bersemangat untuk meneruskan latihan berlari. Adakah anda harus teruskan larian seperti biasa atau berehat daripada melakukan senaman?

Jawapannya: Boleh berlari! Secara lazimnya, anda boleh meneruskan aktiviti berlari selepas anda mendapat suntikan vaksin — dengan syarat anda merasa sihat. Terdapat beberapa kesan sampingan lazim vaksin yang boleh menjejaskan pelan larian anda, jadi anda seharusnya memberikan perhatian dan buat perancangan apabila mendapat temujanji vaksinasi.

Sama ada anda merasa sihat untuk berlari bergantung kepada adanya atau tidak kesan sampingan selepas vaksinasi. Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah: sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan, penat, sakit kepala, menggigil, sakit sendi, demam, loya, rasa tidak sihat, bengkak kelenjar limfa dan lain-lain kesan sampingan yang mungkin dilapor dari semasa ke semasa.

Kesan-kesan sampingan ini biasanya akan hilang selepas sehari dua dan mungkin akan menjejaskan sedikit sebanyak kemampuan anda untuk melakukan aktiviti harian termasuk berlari atau bersenam. Tetapi ini bukanlah sesuatu yang buruk kerana kesan-kesan sampingan ini menunjukkan yang sistem imun badan anda sedang bertindak balas kepada vaksin.

Menurut Dr Fadly Khairie, anda boleh meneruskan training seperti biasa jika anda merasa sihat selepas suntikan vaksin. Jika anda tidak merasa sihat, berehatlah untuk sehari dua. Listen to the body dan mulakan dengan intensiti yang lebih rendah daripada biasa. Berikan masa kepada sistem imun badan anda untuk membina daya tahan terhadap virus Covid-19. Anda dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan apabila melakukan aktiviti harian.

Amaran: Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID 19: • Kesukaran bernafas • Pembengkakan muka, bibir dan tekak • Denyutan jantung yang sangat cepat • Ruam teruk timbul di seluruh badan • Merasa pening dan lemah tubuh badan

Sumber rujukan:
MYSEJAHTERA: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/vaccine/faq.pdf

JKJAV: https://www.vaksincovid.gov.my/soalan-lazim/

CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html.

Feature photo by: Medical photo created by freepik – www.freepik.com

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!