Home / Acara Pilihan / PUMA DEVIATE NITRO

PUMA DEVIATE NITRO

Berita baik untuk penggemar PUMA! Kini, jenama sukan antarabangsa ternama ini telah kembali dengan kasut lari DEVIATE NITRO, yang dicipta untuk kepantasan bagi menyemarakkan perubahan  di dalam dunia larian!

Direkacipta untuk kepantasan, DEVIATE NITRO menampilkan dua lapisan foam NITRO dan teknologi INNOPLATE yang membekalkan fungsi kusyen yang maksimum dan meningkatan efisiennya ketika berlari. DEVIATE NITRO adalah cukup ideal kepada mereka yang inginkan kasut yang mempunyai kadar tindakbalas (responsiveness) yang tinggi dan selesa untuk larian jarak jauh seperti marathon.

Teknologi foam PUMA terkini, NITRO, tercipta dengan penyuntikan gas nitrogen dalam proses pembuatan inovatif untuk tapak kasut yang menggabungkan tiga manfaat utama untuk pelari iaitu –kadar respons yang tinggi, daya kusyen maksimum, dan ultra ringan untuk larian yang lebih cekap.

DEVIATE NITRO juga dilengkapi oleh plet karbon komposit  dalaman yang bertindak sebagai penganjak yang mendorong kaki ke hadapan semasa larian, dan seterusnya meningkatkan efisiennya larian dan mengurangkan kelesuan.

Bahagian tapak luar DEVIATE NITRO diperbuat daripada kompaun getah tahan lasak, PUMAGRIP, yang memberikan daya cengkam yang mantap.

Apa yang menarik lagi, kasut DEVIATE NITRO wanita telah direkacipta mengikut anatomi kaki perempuan, dengan bahagian tumit yang lebih kecil, in-step yang lebih rendah, dan tapak dalaman dengan bentuk melengkung.

600km DEVIATE NITRO CHALLENGE

Kepada mereka yang inginkan cabaran, PUMA akan menganjurkan 600km DEVIATE NITRO CHALLENGE, di mana peserta boleh mendapatkan sepasang kasut DEVIATE NITRO yang baharu dengan memulangkan kasut DEVIATE NITRO pertama mereka (trade-in 1-untuk-1) apabila menamatkan jarak sejauh 600km menggunakan kasut DEVIATE NITRO tersebut. Untuk menyertai cabaran ini, mereka yang berminat harus  membeli sepasang DEVIATE NITRO dalam tempoh promosi 16 April sehingga 16 Julai, dan menamatkan sasaran 600km sebelum/ pada 31 Disember. Para peserta boleh menggunakan aplikasi PUMATRAC untuk merakam jarak larian mereka. Rekod ini akan digunakan bagi tujuan pengesahan sebelum penukaran kasut baharu dapat dilakukan di kedai-kedai PUMA.

Spesifikasi

  • Stack Heights : 28mm forefoot / 38mm heel (termasuk pelapik stokin/ sockliner)
  • HTD : 8mm (Midsole sahaja)
  • HTD : 10mm (termasuk sockliner)
  • Weight: 215.5 g (wanita), 266.5 g (lelaki)
  • Teknologi utama: Tapak NITRO foam; INNOPLATE karbon komposit; PUMAGRIP

Kasut PUMA DEVIATE NITRO boleh didapati dengan harga RM 689 sepasang mulai 16 April di PUMA.com, kedai-kedai PUMA, dan pengedar yang terpilih di seluruh negara.

Dapatkan DEVIATE NITRO sekarang di https://my.puma.com/my/en/collections/performance/nitro

Check Also

COROS VIRTUAL RUN 2020

Share this on WhatsApp COROS Malaysia dengan bangganya mempersembahkan COROS Virtual Run yang pertama! Daftarlah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!