Home / Berita Terkini / MIX Anjur Acara WIFE RACE Pertama di Malaysia

MIX Anjur Acara WIFE RACE Pertama di Malaysia

Tak ada race Sabtu ini? Jom kita ke acara MIX Breakfast Wife Race yang bakal berlangsung Sabtu ini, 19 Oktober, 8 pagi di Central Park, Desa Park City, Kuala Lumpur. Penyampai MIX breakfast, Aishah, Rod dan Prem bakal berlumba bersama para peminat untuk memenangi hadiah utama!

Cabaran ‘Wife Race’ ini dianjurkan buat pertama kali di Malaysia oleh MIX. Lima pasangan bertuah akan dipilih secara rawak melalui permohonan mereka di laman web MIX dan mereka akan berlumba dengan tiga penyampai MIX breakfast dan pasangan mereka.

Dalam acara MIX Breakfast Wife Race, kelapan pasangan bakal berlumba sejauh 400 meter dalam litar berhalangan. Halangan termasuk tiga cabaran kering dan dua cabaran basah. Pasangan yang menamatkan larian dengan masa terpantas akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan sebuah piala.

Untuk maklumat lanjut tentang #MIXBreakfastWifeRace, sila layari www.mix.my dan ikuti laman media sosial MIX.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!