Casio PRO TREK WSD-F30 adalah jam tangan pintar Casio berkemampuan GPS yang dicipta khas untuk pencinta aktiviti luar rumah (outdoor). Casio PRO TREK WSD-F30 menggunakan perisian Android WearOS dan mempunyai fungsi kompas dalaman /peta /navigasi /barometer (tekanan udara) / altimeter (ketinggian), dan menepati piawaian MIL-STD-810G (United States military standard).
Apa dalam kotak?
Jam pintar Casio PRO TREK WSD-F30
Wayar pengecas USB
Adaptor Arus AC
Quick Start Guide
Waranti
Casio PRO TREK WSD-F30 dilengkapi paparan 1.2-inci dwi-lapis – LCD electroluminescence berwarna (EL) (390 × 390 pixels) + Monochrome yang boleh dikawal melalui panel sesentuh.
Ia juga mempunyai microfon dan boleh menerima arahan suara. Baterinya dalah dari jenis lithium-ion dan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk dicas sepenuhnya. Jam ini boleh dicas menggunakan penyambung bermagnet yang disertakan melalui USB.
Muatan memori dan storan adalah 768 MB RAM, 4 GB storan dalaman.
Ia mempunyai fungsi kalis air 5-bar (50-meter) dan menepati prestasi persekitaran: MIL-STD-810G menurut Piawaian Tentera Amerika Syarikat (United States military standard). Antara pengesan di dalam jam ini adalah GPS, tekanan, halaju, gyrometer dan magnetik.
Dimensi: (Body H × W × D): 60.5 × 53.8 × 14.9 mm
Berat anggaran (termasuk tali): 83 g
Aplikasi TOOL:
Kompas: Julat ukuran: 0° – 359°; Unit Ukuran: 1°
Altimeter: Julat ukuran: –700 – 10,000 m; Unit: 1 m
Barometer: Julat: 260 – 1,100 hPa
Ketinggian Aras Laut dan waktu menangkap ikan.
Masa matahari terbit/ matahari terbenam
Penampilan
Casio PRO TREK WSD-F30 adalah generasi ketiga dalam rangkaian jam tangan pintar Casio dengan Android WearOS. Walaupun jam ini agak besar dan lasak, rekaannya bergaya dan mempunyai DNA seperti G-SHOCK dan dicipta untuk pengembaraan yang hebat.
Bezelnya agak tebal dan tidak boleh diputarkan. Skrin paparan diperbuat daripada kaca mineral dengan lapisan kalis debu/ kotoran. Rangka jam ini menggunakan bahan logam dan plastik – memberikan penampilan “rugged” dan tahan lasak.
Selain daripada kawalan sesentuh, jam ini didatangi dengan tiga butang fizikal di bahagian kanan. Butang-butang tersebut adalah besar dan mudah ditekan. Butang atas adalah untuk peta (mapping), butang tengah untuk kuasa (on/ off) dan butang bawah dikhaskan untuk aplikasi (tools app).
Di bahagian kiri pula terletak terminal pengecas yang bermagnet dan juga sensor atmospera dan magnetik. Sistem pengecas adalah memuaskan tetapi ia juga mudah tercabut, kerana hanya dilekatkan menggunakan magnet.
Paparan Casio PRO TREK WSD-F30 adalah dwi-lapis OLED/monochrome. Paparan monochrome menunjukkan waktu, aras kuasa (power level), dan sama ada hari/tarikh dan bilangan langkah atau maklumat sensor (altitud, tekanan udara, dan arah kompas) sementara menjimatkan tenaga dengan memadamkan paparan berwarna.
Lapisan berwarna OLED 390 × 390 mempamerkan warna yang hidup dan pengalaman yang lebih hebat apabila menggunakan aplikasi. Paparan sesentuh adalah jelas dan tindak balasnya adalah mantap.
Fungsi Outdoor
Casio PRO TREK WSD-F30 menampilkan peta berwarna dan boleh digunakan secara off line serta rakaman log GPS sehingga tiga hari berturut-turut. Dicipta untuk kegunaan outdoor, ia mempunyai pelbagai fungsi termasuk kompas digital, peta & navigasi, altimeter, dan barometer.
Walaupun jam ini boleh memberikan notifikasi, music, berita terkini dan sebagainya, tujuan utamannya adalah untuk membantu anda mendapatkan arah yang betul di luar sana. Anda boleh memuat turun peta untuk digunakan secara offline, laluan preset, jejak semua (backtrack) dan sebagainya. Bacaan barometer memberikan maklumat perubahan cuaca. Kompas dan altimeter adalah sesuatu yang amat berguna jika anda tersesat di luar sana.
Setup
Casio PRO TREK WSD-F30 adalah sepadan dengan kedua-dua peranti Android dan iOS. Penetapan atau set up adalah mudah dan pantas.
Prestasi
Pada keseluruhannya, Casio PRO TREK WSD-F30 adalah seutas jam tangan pintar yang hebat untuk pengembaraan dengan perisian WearOS. Ia dilengkapi dengan tool yang berguna di luar rumah. Teknologi paparan dwi-lapis menjimatkan tenaga da membolehkan penggunaan lebih dari satu hari sebelum ia perlu dicas semula. Casio PRO TREK WSD-F30 juga mempunyai Extended Mode yang boleh memanjangkan lagi hayat bateri untuk beberapa hari. Namun begitu, dalam tetapan Extended Mode, fungsi jam adalah terhad.
Boleh digunakan untuk berlari?
Casio PRO TREK WSD-F30 boleh membilang langkah yang diambil, memantau aktiviti, dan anda boleh menggunakan aplikasi kecergasan Google, Google Fit termasuk berlari. Ia mudah digunakan dan ukurannya tepat. Jam tangan ini agak besar dan tebal untuk kegunaan berlari.
Ia lebih sesuai untuk kegunaan hiking. Lebarnya adalah 54 mm dengan Panjang sayap antara lug 60 mm. Tebalnya pula 14.9 mm dengan berat 83 g.
Tali F30 mempunyai banyak lubang. Ia membolehkan anda menyesuaikan fit mengikut keselesaan apabila pergelangan tangan mengembang atau mengecil akibat pengaruh cuaca dan aktiviti.
Apa yang kami suka
1) Rekaan yang rugged
2) Binaan yang lasak daripada bahan berkualiti
3) Terbaik untuk kegunaan outdoor seperti hiking, memancing, berbasikal dll.
4) Banyak fungsi survival
5) Peta offline berwarna
6) Paparan dwi-lapisan yang mudah dibaca walaupun dalam terik matahari
7) Hayat bateri yang memuaskan
Apa yang boleh ditambah baik
1) Saiz yang agak besar, mungkin boleh dikecilkan lagi
2) Tiada pengesan kadar degupan jantung (heart-rate sensor)
3) Plug pengecas mudah tercabut
Kesimpulannya, Casio PRO TREK WSD-F30 berjaya menggabungkan teknologi wearable dengan kelengkapan nagivasi/ survival dalam satu peranti yang bergaya dan tahan lasak. Casio PRO TREK WSD-F30 adalah bersedia untuk menghadapi segala keadaan lasak di dalam hutan, laut atau gunung. Walaupun, ia tidak mempunyai heart rate sensor, si pemakai pastinya memilih peta dan kompas dan bukannya jumlah kalori yang dibakar apabila tersesat di dalam hutan.
Jika anda inginkan heart rate sensor, mungkin anda boleh usha jam tangan baru Casio Pro Trek WSD-F21HR.
Harga pasaran: $ 2,349
Selain daripada warna jingga, Casio PRO TREK WSD-F30 juga boleh didapati dalam warna biru dan hitam.
Dapatkan Casio PRO TREK WSD-F30 secara online di
Untuk maklumat lokasi kedai-kedai yang menjual Casio PRO TREK WSD-F30, sila layari G-Factory stores and Authorised Retailers.