Kuala Lumpur, 26 September 2019 – Taiwan Excellence menampilkan inovasi dan kualiti produk terbaik dari Taiwan dan berjaya mempromosi jenamanya di Malaysia. Buat julung kalinya, ia akan mengambil bahagian di dalam Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019, acara marathon terbesar di Malaysia.
Dengan slogan “Everyday Excellence” (Keunggulan Setiap Hari), Taiwan Excellence akan mempamerkan 95 produk berlainan oleh 27 pengeluar dari Taiwan di Active Lifestyle Expo dari 26 hingga 28 September.
Bertemakan “Run in Style” (Lari Dengan Bergaya) , Taiwan Excellence Pavilion di expo ini akan menampilkan 4 kategori utama – sukan & hiburan, kesihatan & kecantikan, e-sukan & teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan gaya hidup.
Antara produk yang dipersembahkan ialah treadmill profesional Matrix TF50XR oleh Johnson Fitness dengan “Ultimate Deck” and “Johnson Drive System” yang canggih; pakaian sukan mampat oleh U.CR+ yang menggunakan material mesra alam berteknologi tinggi untuk mencapai rintangan udara rendah dan meningkatkan prestasi; basikal jalan yang diperbuat dengan gentian karbon oleh Volanda yang direka bentuk menggunakan bingkai yang ringan dan menyerap kejutan untuk bersaing hebat; produk pembersih muka, pelembap and pembersih badan aktif oleh MASKINGDOM untuk gaya hidup aktif; dan laptop nipis kelas permainan GF75 oleh MSI yang direka bentuk untuk pengalaman permainan yang mengasyikkan.
Larian Bijak Untuk Persediaan Marathon
Selain dari cubaan produk di gerai expo, Taiwan Excellence juga menjemput Edan Syah, pelari marathon Malaysia dari Smart Athletics Club. Dia menjadi hos bengkel larian untuk para pelawat dan akan menunjukkan kaedah larian yang tepat dan strategi untuk meningkatkan prestasi .
Pada tahun 2016, Edan Syah terpilih sebagai pelari marathon terpantas Malaysia dan telah mencatatkan keputusan cemerlang di pelbagai pertandingan antarabangsa. Pencapaian peribadi terbaiknya ialah 2 jam, 30 minit and 53 saat di 2017 Gold Coast Marathon. Dia selalu menasihatkan supaya berlari secara “bijak” menggunakan ilmu yang tepat, serta menyesuaikan kelajuan dan intensiti mengikut kadar degupan jantung individu. Ini membolehkan tubuh badan para pelari mencapai tahap kemuncak di setiap situasi.
Edan Syah melakukan demonstrasi rutin memanaskan badan dengan penuh semangat dan bertenaga, membuatkan para pelawat teruja dan ikut sama di sesi senaman beramai-ramai.
Selain dari demonstrasi bertenaga oleh jurulatih selebriti Edan Syah, Taiwan Excellence juga mempunyai beberapa aktiviti menarik sempena 3 hari acara tersebut. “Run for Excellence” menggalakkan peserta bertanding di Johnson Fitness and Spirit treadmill; para pelawat juga digalakkan berkongsi foto larian mereka di dalam “Snap & Share My Running photos”
aktiviti dan berpeluang mendapat hadiah misteri; peminat-peminat juga boleh berjumpa dengan sensasi internet Malaysia Danny Koo yang akan meluangkan masa dengan peserta sepanjang acara sihat hujung minggu ini.
Pelawat yang datang ke expo ini akan dapat mengalami inovasi pelbagai produk dari Taiwan dengan bantuan profesional untuk menggunakan produk tersebut. Selepas menyampaikan ucapan, Encik Wan Yew Leong, Pengarah Majlis Olimpik, Malaysia Advanced Sport Management Course (ASMC) mendengar penerangan mengenai peralatan mesin Johnson Fitness & Spirit. Beliau menggalakkan mereka yang sibuk dengan rutin harian dapat mengambil masa yang terluang dengan latihan menggunakan treadmill moden tersebut. Wan juga menyatakan minatnya dengan Kerusi Step2Gold Tada, yang merupakan kerusi mudah alih dan juga berfungsi sebagai tongkat.
Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon bermula 11 tahun lalu dengan 10,000 peserta dan telah meningkat kepada 40,000 peserta untuk edisi tahun ini. Marathon ini salah satu acara ulung di dalam kalendar larian Malaysia. Ia juga acara larian pertama di Malaysia yang menggunakan sistem undian untuk pemilihan peserta.
Taiwan Excellence Pavilion di acara pra-marathon Active Lifestyle Expo akan berada di gerai expo S3, Dewan 4 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.