26 April 2017, Petaling Jaya – Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd melancarkan Lucozade Sport™ varian berkarbonat dalam satu acara yang diadakan di Padang @ 1 Utama di hari ini. Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan sesi perkongsian yang menarik.
Dengan majoriti minuman isotonik di Malaysia ketika ini ditawarkan dalam varian berkarbonat, Lucozade Sport™, jenama minuman sukan nombor satu di United Kingdom, ingin menawarkan produk berkarbonat bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Ditawarkan dalam perisa original dan lemon, mereka yang aktif bersukan kini boleh berhidrat dengan minuman isotonik berkarbonat yang lengkap dengan elektrolit ini.
Rodney Tan, Ketua Bahagian Pemasaran Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd berkata, “Kami sangat teruja dengan varian berkarbonat Lucozade Sport™. Ia menawarkan rasa yang hebat dan menyegarkan untuk hidrasi yang pantas. Matlamat kami adalah sentiasa membekalkan pengguna dengan minuman isotonik yang membantu mereka sewaktu bersukan selain dari menghilangkan dahaga dengan cara yang lebih baik.” Lucozade Sport™ varian berkarbonat ini dihasilkan dengan formula khas menerusi kajian mendalam sebelum diperkenalkan di Asia untuk kali pertama.
Acara hari ini turut memperkenalkan kempen baharu Lucozade Sport™, “Your Sport, Your Rules”. Menurut Tan, “Kajian terhadap pengguna mendapati semakin ramai individu di Malaysia menerima tekanan dari pihak sekeliling termasuk rakan-rakan rapat malah sukan juga tidak terkecuali. Kini, di laman media sosial, ramai yang lebih suka untuk menonjolkan apa yang berlaku di penghujung cerita dari berkongsi perjalanan mereka untuk mencapai kejayaan yang diingini. Ini membuatkan ramai merasakan usaha mereka tidak cukup baik.”
Dengan kempen “Your Sport, Your Rules” ini, Lucozade Sport™ memahami bahawa ia memerlukan komitmen yang tinggi semata-mata untuk turun ke padang, berada di garisan permulaan atau pun di gimnasium. Perjalanan terhadap aktiviti-aktiviti ini adalah penting pada tahap yang sama.
Tan juga menekankan bahawa, “Tidak kira apa jenis sukan dan peringkat, anda yang akan menentukan perjalanan sendiri. Setiap pencapaian peribadi adalah amat penting. Lucozade Sport™ akan sentiasa menyokong kejayaan anda di setiap peringkat sepanjang perjalanan tersebut.”
Pelari marathon terpantas Malaysia 2016, Edan Syah, yang juga duta jenama turut hadir menjadi penceramah utama dalam Bengkel Hidrasi Lucozade Sport™. Bengkel tersebut merupakan salah satu sesi yang mendapat perhatian ramai di mana pengetahuan mengenai cara hidrasi yang betul dikongsikan. Hafiza Othman, atlet triathlon yang berjaya menamatkan Ironman Langkawi 2016 juga tidak ketinggalan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuannya.
“Dalam larian, ia adalah amat penting untuk kekal berhidrasi. Sebagai seorang pelari marathon, cara mengambil minuman mempengaruhi larian terutamanya untuk larian jarak jauh. Sebab itulah amat penting untuk pelari membuat pelan hidrasi dengan terancang, dan Lucozade Sport™ merupakan salah satu minuman yang menghilangkan dahaga” jelas Edan Syah. “Tidak kira anda gemarkan isotonik biasa atau yang berkarbonat, sentiasa pastikan diri untuk kekal berhidrasi. Saya gembira dengan keputusan Lucozade Sport™ untuk membawa varian berkarbonat bagi menambah pilihan kepada pelari” tambahnya lagi.
Hafiza Othman pula berkongsi pandangannya bagi mereka yang menyertai sukan lasak pelbagai disiplin seperti triathlon. “Fokus anda akan terganggu bila mula merasai penyahidratan. Jika dibekalkan minuman isotonik ketika berlumba, ianya menyegarkan dan juga akan menghilangkan penat. Dengan cuaca dan kelembapan negara kita yang meningkatkan tahap cabaran, hidrasi seharusnya perlu menjadi keutamaan” kata Hafiza.
Acara kemudian diakhiri dengan cabaran khas untuk para media iaitu Lucozade Sport™ TriFit Challenge. Ia menggabungkan larian berintangan, kayuhan dynamo serta gelecekan dan tendangan bola.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini, pasukan promosi Lucozade Sport™ akan menjelajah sekitar Lembah Klang untuk memperkenalkan varian berkarbonat ini. Selain itu, Lucozade Sport™ turut akan menjadi minuman isotonik rasmi Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017 dimana ia akan membantu menghidrasi pelari-pelari sehingga ke garisan penamat.
Lucozade Sport™ kini boleh didapati di semua pasaraya besar, pasar mini, kedai runcit dan kios di seluruh negara dengan harga disyorkan pada RM 2.20.
Untuk maklumat lanjut mengenai Lucozade Sport™ dan aktiviti-aktiviti mereka, layari www.facebook.com/LucozadeMalaysia.