Kuala Lumpur, 20 April 2017 – Peneraju olahraga global, New Balance, melancarkan kedai ‘lighthouse’ terbaru dan terbesar di Asia Tenggara di Pusat Membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur. Kedai seluas 6,400 kaki persegi ini merupak wadah manifestasi jenama ini berkaitan inovasi, evolusi serta impian orang ramai untuk sentiasa maju ke hadapan.
Memperagakan pilihan larian, latihan dan bola sepak untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak serta gaya hidup, kedai baharu ini turut menawarkan penampilan yang progresif berasaskan gaya hidup urban kontemporari di camping mengekalkan warisan serta legasi selama 110 tahun yang berteraskan prestasi dan olahraga. Para pembeli akan menikmati pengalaman jenama yang interaktif lagi imersif dan disambut dengan visual-visual dinamik serta persekitaran aktif unik yang digerakkan oleh prestasi.
Turut memberikan impak di arena digital, New Balance jugs telah melengkapkan kedai terbaharu di rantau ini dengan inovasi teknologi terkini.
Galeri kedai adalah bercirikan sistem Stride I.D. dan Stride I.D. Track. Pengimbas 3D canggih ini merakamkan saiz kaki dalam beberapa saat sahaja dan imej ini akan digunakan bagi mengenalpasti sepatu New Balance yang paling sesuai. Sebaik sahaja para pelanggan diimbas ke dalam sistem, mereka boleh mengakses data 3D secara online dan data mereka turut diintegrasikan ke dalam aplikasi analisis gaya jalan New Balance, Stride ID.
Sistem ini akan memastikan bahawa si pemakai memperolehi sepatu New Balance yang paling sempurna bagi menepati keperluan serta gaya hidup mereka.
Selain daripada konsep baharu, kedai ini turut mempamerkan koleksi ikonik ‘Made in US and UK’ jenama mill yang merangkumi kasut sniker tempahan khas. Hasil kerja tangan tokoh-tokoh berbakat di kilangnya di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), kasut-kasut ini mendemonstrasikan tunggak yang menyokong etos jenama New Balance kualiti dan ketukangan, dan mencerminkan budaya serta sifat individu asal-usulnya.
Sebagai memperingati pelancaran bersejarah ini, New Balance turut mendirikan sebuah kedai 247 Pop-Up bersebelahan Air Pancut Kristal Pavilion yang ikonik. Kedai ini memperagakan rangkaian NB 247 yang baru dilancarkan satu koleksi kasut untuk gaya hidup 24/7 masakini dan akan dibuka dari 20 April 1 Mei 2017.
New Balance bakal menawarkan kasut berprestasi terunggul kepada peminat kecergasan serta aksesori gaya hidup penuh bergaya yang melengkapkan stail konsumer harian yang sentiasa aktif.