Home / Berita Terkini / THE COLOR RUN™ Kembali ke Kuala Lumpur di Bulan Ogos

THE COLOR RUN™ Kembali ke Kuala Lumpur di Bulan Ogos

Picture 2 (1)

Kuala Lumpur, 20 April 2017 – Acara larian 5K, The Color Run yang penuh warna-warni bakal kembali ke Malaysia selepas penganjuran pertamanya di tahun 2014.  Sepertimana yang diumumkankan melalui laman Facebook The Color Run Malaysia, larian ceria ini bakal berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2017. Dari visual yang diperolehi, Bank CIMB juga kembali menjadi penaja utama dan tema larian tahun ini adalah Tropicolor.

tropicolor-course-map

Larian tahun ini akan menampilkan zon baru yang dinamakan Tropicolor Zone di mana para pelari akan melalui kawasan bertemakan Tropika sambil disimbah dengan pelbagai warna tropika, Di Finish Festival (Pesta Penamat), pelari-pelari Color Runners akan bertambah seronok dengan Rainbow Beach (Pantai Pelangi), sebuah pulau interaktif dengan muzik, tarian, peluang bergambar dan pembalingan warna yang besar-besaran.

Tropicolor-Kit

Setiap Color Runner bakal menerima sehelai kemeja-T Tropicolor edisi terhad, pingat penamat, headband, dan tatu sementara. Pendaftaran masih belum dibuka tetapi sesiapa yang berminat boleh meninggalkan emel mereka di laman web The Color Run untuk mendapatkan kemas kini.

THE COLOR RUN

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://thecolorrun.my/

#jomkitalari

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!