Home / Berita Terkini / 6 Pembaharuan Standard Chartered Singapore Marathon 2017

6 Pembaharuan Standard Chartered Singapore Marathon 2017

SCSM_007

Singapura, 27 April 2017 – Penganjur Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM), IRONMAN Asia telah mengumumkan beberapa pembaharuan kepada acara marathon terbesar di Singapura tahun ini yang bakal dilangsungkan pada 3 Disember ini. Pengumuman tersebut telah dibuat di acara pelancaran rasmi marathon Khamis lalu yang juga hari pendaftaran dibuka kepada orang ramai.

Jom kita lihat apakah pembaharuan-pembaharuan yang menanti anda di #SCSM2017.

SCSM_002x

1. Nama Baru
Standard Chartered Singapore Marathon (SCSM) adalah nama baru acara marathon terbesar Singapura. Dahulunya, ia dikenali sebagai Standard Chartered Marathon Singapore. Penukaran ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan nama acara tersebut dengan World Marathon Majors. Singapura telah mengumumkan bidaan untuk menyertai enam marathon terbesar di dunia – London, Berlin, New York, Chicago, Tokyo and Boston – sebagai satu acara Abbott World Marathon Majors (WMM).

SCSM_001

2. Penaja Pakaian Rasmi – Under Armour
Jenama sukan antarabangsa, Under Armour terpilih menjadi penaja rasmi pakaian SCSM. Setiap pelari bakal menerima sehelai kemeja-T larian Speed Stride.

SCSM_004

3. Ganjaran Pelari
Pelari bakal menerima pek larian bernilai lebih SGD$180, termasuk armband pemegang telefon bimbit, beg galas, pelan insuran hari perlumbaan percuma dan kemeja T Under Armour. Selepas menamatkan larian, pelari-pelari juga akan menerima kemeja penamat (kategori 42km sahaja), pingat penamat, tuala sejuk dan foto perlumbaan.

SCSM_003

4. Ekspo & Lokasi Pengambilan Pek Larian
Marina Bay Sands Expo and Convention Centre bakal menjadi hos kepada ekspo SCSM dan lokasi pengambilan pek larian pada 30 November – 02 Disember 2017. Pelbagai jenama sukan akan mempamer dan menjual barangan berkaitan sukan larian seperti kasut, pakaian, aksesori, jam, gel tenaga, kaca mata dan khidmat rawatan serta therapi perubatan di bawah satu bumbung.

singapore marathon

5. Laluan Baru
Pelari-pelari dalam kategori acara Penuh dan Half-Marathon bakal berlumba di atas laluan yang baharu, melalui mercu-mercu tanda ikonik dan lokasi warisan Singapura.

Dalam kategori 10km pula, pelari-pelari dapat menikmati keindahan di tengah-tengah Kota Singa di waktu fajar. Pembaharuan di sepanjang laluan termasuk terowong semburan wap air, zon pendingin, stesen hidrasi yang lebih panjang dan banyak serta hiburan.

SCSM_005

6. Program Kesetiaan
Sebagai ganjaran kepada penggemar setia Singapore Marathon, IRONMAN Asia akan memperkenalkan program kesetiaan  di mana pelari-pelari yang telah mencapai lebih 300 km sejak tahun 2010 akan menerima kemeja-T larian dan koin pengumpul Kelab 300km.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari https://singaporemarathon.com/

Check Also

Takwim Marathon & Half Marathon di Malaysia 2020

Share this on WhatsApp Dari Perlis ke Johor Bahru ke Sabah, inilah acara-acara larian marathon, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!