Seorang pegawai Polis Inggeris, Tom Harrison (41) menamatkan London Marathon 2017 dengan merangkak dalam sut Gorila dalam masa enam hari. Dikenali sebagai “Mr. Gorilla”, Tom telah berjaya mengumpul dana sebanyak £23,000 (RM146,000) untuk Gorilla Organisation, bertujuan untuk melindungi gorila liar di negara-negara Afrika seperti Congo, Rwanda and Uganda.
Tahun lepas, Tom menamatkan marathon sejauh 42km dengan memakai sut gorilla. Untuk tahun ini dia ingin membuat sesuatu yang lebih sukar, iaitu merangkak seperti gorila.Tom tidur di rumah rakan-rakannya selepas merangkak 10-12 jam dan 7km sehari.
Menurut Tom, dia mengalami sakit bahu dan mengalami pedih ulu hati (heartburn) bergerak dalam posisi yang janggal tersebut.
Pada hari keenam, Tom melewati garisan penamat dengan ditemani dua orang anaknya yang juga memakai sut gorila sambil menumbuk dadanya seperti gorila. Beliau berkata, “Walaupun sukar, saya bangga saya dapat lakukannya.”
Tom turut diraikan di garisan penamat oleh pengerusi Gorilla Organisation, Ian Redmond dan pakar pelindung alam Bill Oddie, yang menghadiahkan beliau sebuah trofi dan patung gorila.
Sumber: BBC