Johor, 8 April 2017: Hari Sarapan Terbesar MILO® kawasan selatan di Johor Bahru menyaksikan lebih 8,000 peserta hadir menikmati sarapan berkhasiat di Padang Perbadanan Pasir Gudang. Acara sarapan tahunan yang dinanti-nantikan itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan mendidik ibu bapa tentang kepentingan sarapan, dan fungsinya dalam memenuhi kehendak tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak
Acara waktu pagi dimulakan dengan persembahan Zumba oleh kumpulan Zumba Jammers, diikuti dengan persembahan Gendang Muhibah (Muhibah Drums) yag mengiringi peserta dan keluarga ke garisan permulaan larian. Setelah acara larian sejauh 3km dimulakan, para pengunjung berpeluang mencuba cara-cara kreatif memasak sarapan, dan menyertai acara treasure hunts, antara aktiviti menarik yang disediakan.
“Kami memulakan Hari Sarapan Terbesar MILO® pada tahun 2013 untuk memupuk tabiat bersarapan dikalangan rakyat Malaysia, yang masih kami teruskan sehingga hari ini. Terima kasih atas sokongan warga Johor, kami berasa sangat gembira dapat kembali ke negeri ini untuk terus mendidik keluarga tentang kepentingan sarapan pagi dan bagaimana MILO® membantu untuk melepaskan tenaga daripada sarapan yang sihat dengan lebih efisien,” ujar April Wong, Pengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Wong menambah, “MILO® merupakan penyokong dan pemboleh yang hebat dalam menggalakkan individu dan keluarga menjalani hidup dengan lebih sihat. Acara tahunan Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah sebahagian dari komitmen Nestlé’s terhadap usaha kami dalam meningkatkan kualiti hidup, dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat buat semua,”.
Kempen tahun ini bertujuan mendidik ibu bapa tentang keperluan tenaga harian sebenar yang diperlukan oleh kanak-kanak, yang sebenarnya lebih daripada apa yang dijangkakan selama ini. Satu kajian dalaman menunjukkan seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari separuh maraton.
Sarapan yang seimbang membantu memberikan tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak, tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan tenaga dari makanan yang diambil dilepaskan dengan berkesan.
Nurul Iliani Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Ibu bapa digalakkan untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan yang terbaik daripada sarapan seimbang yang diambil dengan secawan MILO®. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go™,satu kombinasi unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral – yang membolehkan kanak-kanak memperolehi tenaga dari sarapan mereka dan membantu mereka berfungsi pada tahap terbaik, dari segi mental dan fizikal.”
Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah sebahagian daripada inisiatif MILO® untuk memupuk tabiat pemakanan sarapan sihat di kalangan rakyat Malaysia. Acara di Johor Bahru tahun ini menyaksikan pebagai aktiviti menarik dan menggembirakan untuk seisi keluarga seperti permainan papan bersaiz besar, permainan pesta, tarian buluh, cabutan bertuah, chapteh tradisional, dan banyak lagi.
Johor Bahru adalah bandar keempat yang menjadi tuan rumah untuk Hari Sarapan Terbesar MILO® tahun ini. Bagi minggu–minggu yang akan datang, Hari Sarapan Terbesar MILO® akan diadakan di tiga lagi bandar, menjadikan tujuh lokasi kesemuanya:
Untuk maklumat tentang kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia dan cara-cara untuk mengambil bahagian dalam acara Hari Sarapan Terbesar MILO®, sila lawat www.milo.com.my.