Home / Artikel Menarik / 30 Perkara Paling Dibenci Pelari

30 Perkara Paling Dibenci Pelari

benci

1. Bila orang kata berlari boleh merosakkan lutut.

2. Hujan lebat di hari perlumbaan.

3. Pelari terkentut dalam kandang permulaan.

4. Terpaksa berehat akibat tercedera.

5. Perut memulas nak berak semasa dalam perlumbaan.

6. Tali kasut terlucut semasa tengah syok berlari.

7. Pelari lain berhenti mengejut di depan anda.

8. Kulit melecet.

9. Air habis di hentian minuman.

10. Penganjur tukar tarikh larian tanpa sebab munasabah.

11. Bila jam / gps berhenti di tengah larian tanpa disedari.

12. Jerubu.

13. Pemandu bunyikan hon sesuka hati.

14. Laluan dihalang oleh kekasih berpegangan tangan.

15. Medal murahan ala temasya sukan sekolah.

16. VIP datang lambat untuk flag off.

17. Barisan yang panjang ke tandas.

18. Bila orang tanya dapat menang nombor berapa dalam larian.

19. Lupa bawak bib nombor di hari perlumbaan

20. Pelari pakai bib orang lain naik podium.

21. Pelari yang sengaja memecut apabila anda nak memotong.

22. Harga pendaftaran yang melampau.

23. Vest larian tak muat/ Saiz habis.

24. Tak sempat nak daftar acara feveret.

25. Medal dah habis apabila tiba di garisan penamat.

26. Timing tak keluar dalam senarai keputusan.

27. Gambar muka hodoh nak mampus disiarkan di Facebook rasmi larian.

28. Goodies bag yang penuh risalah atau baucar tak berguna.

29. “Saya suka lari marathon, 5K adalah jarak kegemaran saya.”

30. Naik tangga selepas hari marathon.

Ada lagi tak perkara yang anda benci tapi tak tersenarai di atas? Beritahu kami. Tinggalkan komen anda di bawah atau di laman FB #jomkitalari.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!