Cyberjaya, 3 April 2017 – Sekolah Seri Puteri bakal menganjurkan acara larian SP Winds Run Amsterdam 2017 bertempat di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor pada 6 Mei ini dengan sasaran 3,000 pelari. Larian tersebut menampilkan jarak 12km (kompetitif) dan 6km.
Larian ini adalah salah satu cara untuk mengumpul dana bagi membawa Orkestra Sekolah Seri Puteri yang dikenali sebagai SP Winds untuk bertanding di World Music Contest (WMC) 2017 di Amsterdam, Netherland sekitar Julai tahun ini.
WMC merupakan Pertandingan Muzik Dunia yang berprestij dan hanya diadakan setiap empat tahun. Hampir 100 buah pancaragam dan kumpulan orkestra yang dianggap terbaik dan berkemampuan tinggi telah berdaftar untuk WMC Kerkrade 2017. Terdapat lebih daripada 18,000 peserta yang dijangka akan menyertai pertandingan ini pada 6 hingga 30 Julai 2017.
Prestasi SP Winds memenangi Anugerah Emas sewaktu bertanding di Los Angeles International Music Festival 2016 telah membuka mata banyak pihak dan melayakkan SP Winds tampil sekali lagi di pentas berprestij dunia di Kekrade, Amsterdam.
Mewakili seluruh warga Sekolah Seri Puteri, jemputan ini adalah satu pengiktirafan besar bukan sahaja kepada sekolah, tetapi kepada sistem pendidikan dan negara Malaysia itu sendiri. Malaysia mempunyai satu lagi peluang untuk membuktikan kemahiran muzik dan kemampuan para pelajar kita adalah standing dengan sekolah-sekolah hebat dari seluruh dunia.
Apa yang lebih penting, WMC bukan sekadar pertandingan muzik – ianya juga pentas kalangan pemuzik professional dan ahli akademik memberikan ilmu kepada semua yang terlibat.
Sekolah Seri Puteri menganggap ini sebagai peluang melonjak nama dan kemampuan sistem pendidikan Malaysia ke pentas lebih tinggi. Bakat anak-anak muda Malaysia mesti diketengahkan keperingkat antarabangsa – setelah mereka bekerja keras berlatih selama ini.
Bagi tujuan mengumpul dana, Jawatankuasa Sokongan Ibu bapa SP Winds akan menganjurkan beberapa acara untuk menampung perbelanjaan sewaktu di Amsterdam. Selain daripada larian amal, pihak Jawatankuasa Ibu bapa akan turut menganjurkan Konsert Diraja Flourishes yang dijadualkan pada bulan 14 Julai nanti.
Sekolah Seri Puteri juga amat mengalu-alukan tajaan pihak korporat kepada usaha melonjakkan nama Malaysia di pertandingan orchestra antarabangsa ini.
Sebarang diskusi dan perbincangan tajaan boleh berhubung dengan pihak sekolah – atau beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang terlibat:- Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya – (03 8319 2414) atau Encik Syubli Nordin (019-4187733)
Untuk mendaftar larian, sila klik https://event.howei.com/event/sp-winds-run-amterdam-2017