Home / Berita Terkini / LARIAN #RUNWITHME Kembali Dengan Lebih Ceria di Bandar RIMBAYU

LARIAN #RUNWITHME Kembali Dengan Lebih Ceria di Bandar RIMBAYU

160731 Rimbayu Run-029

Kota Kemuning, 12 April 2017– Larian ceria #RUNWITHME anjuran IJM LAND bakal kembali tahun ini pada 9 Julai 2017 di Bandar Rimbayu. Acara tahunan sejauh 10km ini adalah bukan kompetitif dan bertujuan untuk meraikan persahabatan dan semangat kekitaan.

160731 Rimbayu Run-059

Bertemakan Aloha-thon, acara larian ini menjanjikan suasana yang lebih ceria bersama ahli keluarga dan sahabat-handai. Para peserta digalakkan berlari seiring-sejalan dan menikmati larian tanpa mempedulikan kelajuan atau waktu, malah boleh menyanyi untuk menghiburkan hati.

160731 Rimbayu Run-126

Tahun ini merupakan tahun ketiga larian ini dianjurkan. Lebih 2,000 pelari dianggarkan akan mengambil bahagian. Para pelari berpeluang untuk berlari di sekitar kawasan perumahan Bnadar Rimbayu oleh IJM Land yang indah dan aman. Selain daripada larian, pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik bakal menanti para peserta di tapak larian, The ARC.

doc_1490024525_unnamed-1

Setiap peserta akan menerima sehelai kemeja-T sukan jenama PUMA. Pingat penamat pula akan menanti setiap pelari yang menamatkan larian.

doc_1490947116_Medal real ijm

Online Banner 02-02

Jangan berlengah lagi. Daftarlah sekarang di beestorm.com.my/runwithme

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!