Singapura, 4 April 2017 – Acara Larian Star Wars yang pertama di Singapura akan berlangsung pada 6 Mei, 7.00 malam di The Meadow, Gardens by the Bay, menurut penganjurnya Esprimo.
Pendaftaran bagi acara larian ceria 4.5km berharga S$80 bagi setiap peserta, sementara acara 10km berharga S$85. Pendaftaran bagi kedua-dua acara boleh dilakukan di laman acara tersebut, dan akan ditutup pada 17 April.
Para peserta acara larian 4.5km boleh memilih sama ada berlari di laluan bertema ‘Dark Side’ atau bertema ‘Light Side’, menurut Esprimo.
Acara larian 10km akan melalui sebuah seksyen laluan ‘Dark Side’, menurutnya, sambil menambah kedua-dua laluan akan mempunyai “zon-zon pendampingan” dipenuhi tayangan cahaya, muzik, dan peluang bergambar dengan pelbagai “kejutan bertema Star Wars.”
Para peserta juga akan menerima pek larian terdiri daripada baju kemeja T, patung mainan ‘soft toy’ dan beg tali cerut yang bertema sama ada ‘Light Side’ atau ‘Dark Side’, serta tuala dan pingat khusus untuk setiap kategori.
Persembahan piroteknik, serta watak-watak Star Wars, Chewbacca dan Kylo Ren, akan tampil di garis permulaan kedua-dua acara larian itu.
Acara larian akan sampai pada kemuncaknya di sebuah “kampung larian” yang menampilkan pelbagai makanan dan kegiatan-kegiatan bertema Star Wars, serta tayangan filem ‘Star Wars: The Force Awakens’.
Esprimo menyatakan bahawa acara larian tersebut akan diadakan pada malam kemuncak perayaan tiga hari untuk meraikan Hari Star Wars, yang juga dikenali sebagai May the 4th.
Pesta ‘Star Wars Day: May the 4th Be with You Festival’ – disifatkan sebagai “extravaganza Star Wars yang pertama kali dilakukan dengan skala seperti ini di Singapura” – akan berlangsung di Supertree Grove.
Untuk acara itu, Pokok-Pokok Gergasi, Supertree Grove akan ditukar menjadi “SaberTrees” dengan lampu-lampu ala lightsaber – senjata pilihan para pahlawan Jedi dan Sith. Replika All-Terrain Scout Transport (AT-ST), yang ikonik dan pertama kali diperkenalkan dalam filem ‘Star Wars: The Empire Strikes Back’ juga akan dipamerkan.
Para pengunjung dapat melihatnya dari dekat atau menyaksikannya dari jauh di OCBC Skyway.
Pada setiap malam, jam 7.45 malam dan 8.45 malam sepanjang pesta itu, akan juga diadakan persembahan cahaya selama 15 minit dipanggil ‘Garden Rhapsody: Star Wars Edition’, berlatarbelakangkan muzik Star Wars.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.starwarsrun.sg