Dalam usaha untuk mendedahkan siswa-siswi kepada dunia pemasaran dan pengurusan projek, Kolej Tun Dr. Ismail bakal menganjurkan sebuah acara larian MY10K Night Run.
“Para siswazah Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) telah mencapai “benchmark” baru dengan penganjuran MY10K Night Run yang pertama kali menampilkan acara larian malam 15 km di kampus”, kata Dr Abdul Razak, pengetua KTDI.
MY10K Night Run bakal dilangsungkan pada Sabtu, 29 April 2017 di Padang Kawad, UPM dan akan menampilkan laluan larian di sekitar kampus yang selamat untuk semua pelari. Larian ini juga akan memberi mengalaman yang mengujakan kepada seisi keluarga. Selain daripada 15km, terdapat juga kategori 10km dan 5km. Para peserta 10km dan 15km harus menggunakan lampu suluh kepala (headlamp) untuk bergerak dalam keadaan gelap dan rupa bumi yang mencabar.
Kategori 5km juga merupakan larian amal. Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada MAKNA (Majlis Kanser Nasional). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 April 2017.
Selepas larian, para pelari dan orang ramai bakal dihiburkan oleh persembahan pentas yang menampilkan atis-artis SONY Music. Antara yang bakal menggegarkan pentas adalah Altimet, Alif Aziz, Farisha, Haqiem Rusli, Hello Luqman dan Persis. Konsert ini ditaja oleh Safi Balqis dan adalah salah satu antara lokasi-lokasi #JelajahMuzikSafiBalqis. Orang ramai juga berpeluang mendapatkan autograf penyanyi kesayangan mereka dan cabutan bertuah dengan pembelian minima produk Safi Balqis bernilai RM20.
Antara penaja bersama adalah Red Bull, minuman tenaga rasmi dan Decathlon, penaja lampu suluh kepala, Onnight yang kalis air dan waranti 24 bulan terhadap kecacatan pengilangan.
Dr Abdul Razak mengalu-alukan kedatangan pelari dan orang ramai ke Padang Kawad UPM untuk menikmati konsert bermula jam 6.30petang. Tapak karnival akan dibuka pada jam 5 petang dan menampilkan pelbagai promosi jualan dan trak makanan.
Untuk maklumat lanjut tentang MY10K Night Run, sila layari https://mro.myraceonline.com/mynr17/registrations