Home / Berita Terkini / FROST THE TRAIL dan MYMERCYRUN Bergabung untuk Impak Maksima!

FROST THE TRAIL dan MYMERCYRUN Bergabung untuk Impak Maksima!

Frost the Trail myMERCYrun 2017

Kuala Lumpur, 29 Mac 2017 – Frost & Sullivan Malaysia, sebuah firma perunding perniagaan, dan MERCY Malaysia, sebuah badan bantuan kemanusiaan bakal berkerjasama untuk menganjurkan acara larian, Frost the Trail myMERCYrun 2017 di Taman Botani Kepong pada hari Sabtu, 22 July 2017. Acara larian amal ini bertemakan “Warm the Hearts”, sepertimana yang diinspirasikan oleh keprihatinan kedua-dua organisasi terhadap bantuan kemanusiaan.

Acara Frost the Trail myMERCYrun 2017 menyasarkan lebih 700 peserta dan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang inisiatif MERCY Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaan dari segi kesihatan di dalam dan luar negara. Acara ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi usaha-usaha MERCY Malaysia untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Malaysia dan projek membina komuniti yang resilien di Filipina.

“Kami amat teruja untuk menganjurkan secara bersama acara Frost the Trail myMERCYrun 2017 dengan Frost & Sullivan Malaysia buat kali pertama. Kerjasama ini adalah hasil daripada sokongan yang padu untuk bantuan kemanusiaan dari acara Frost the Trail sebelum ini di mana MERCY Malaysia adalah penerima sumbangan tunggal. Tahun lepas, dana yang terkumpul disalurkan untuk Program Kesiapsiagaan Sekolah di Johor yang melibatkan 380 pelajar dari 10 sekolah.. Tahun ini, kami akan berusaha untuk meneruskan bantuan kepada yang memerlukan di dalam dan luar negara,” kata YM Datin Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah, Setiausaha Kehormat, MERCY Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk berganding tenaga dengan MERCY Malaysia dalam penganjuran acara Frost the Trail myMERCYrun 2017. Dedikasi MERCY Malaysia dalam membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan, agama, jantina dan ketidakupayaan adalah sejajar dengan usaha kami untuk berbakti kepada komuniti. Kami berharap untuk menggembirakan (Warm the Hearts) sesiapa yang memerlukan bantuan melalui acara larian ini,” kata En Hazmi Yusof, Pengarah Urusan, Frost & Sullivan Malaysia.

Acara larian ini terbahagi kepada tiga kategori; 2.5km (Larian Ceria), 5km (Berkumpulan) dan 8km (Individu) untuk pelari-pelari yang mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. Para peserta boleh memilih untuk mendaftar sebagai perseorangan atau dalam kumpulan empat orang, di mana mereka akan menghadapi pelbagai rupa bumi di dalam laluan larian. Dalam acara Berkumpulan, jumlah catatan masa untuk menamatkan larian bagi keempat-empat ahli kumpulan akan diambil kira untuk menentukan juara. Tiga kumpulan dan induvidu terpantas akan membawa pulang pingat.

En. Thomas Tay, Pengarah Kanan dan Pengerusi Acara, Frost & Sullivan Singapore menambah, “Ini adalah kali kedua Frost & Sullivan Malaysia memberi sumbangan kepada MERCY Malaysia. Semua dana yang terkumpul akan disalurkan secara 100% kepada badan sukarela ini. Kami berharap akan mendapat sokongan daripada orang perseorangan dan korporat untuk usaha yang murni ini.”

banner_PC BANNER MERCY RUN-page-001 (1)

Setiap penyertaan berharga RM250.00 seorang. Orang ramai yang tidak dapat menyertai larian ini juga boleh menderma kepada MERCY Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Julai 2017.

Untuk mendaftar acara Frost the Trail myMERCYrun 2017, sila layari laman sesawang MERCY Malaysia dan Frost the Trail myMERCYrun 2017 di http://www.mercy.org.my dan https://www.simplygiving.com/event/FTTMMR2017.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!