Home / Artikel Menarik / 5 Adab Tertib di Hentian Minuman Yang Harus Anda Patuhi

5 Adab Tertib di Hentian Minuman Yang Harus Anda Patuhi

Marathon runner picking up water at service point

Walaupun kami tahu para pembaca #jomkitalari adalah pelari berhemah, tapi kita kan manusia biasa. Jadi, haruslah kita saling ingat-mengingati sesama sendiri.

Jom baca panduan abad tertib (etiquette) di hentian minuman sewaktu dalam larian.

Waterstation_001

Jangan Berebut
Ikuti giliran anda. Kalau anda dahaga, hampiri hentian minuman dengan teratur dan elakkan daripada tolak-menolak dan memotong barisan dalam saat terakhir. Teruskan ke meja berikutnya jika terlalu ramai pelari di meja terdahulu.

 

Waterstation_002

Jangan Berpesta Air
Minum ala kadar sahaja mengikut plan hidrasi dan jangan bermandi-manda di hentian minuman – ada hentian sponging untuk tujuan tersebut.

 

Waterstation_003

Jangan Jadi Ulat Sampah
Gunakan tong sampah yang disediakan. Kadang-kala tong sampah penuh, takpe, buang di sekitar kawasan tersebut agar mudah dikumpulkan. Jangan pula buang sampah merata-rata tempat lain yang sukar untuk dipungut oleh kontraktor.

 

Waterstation_004

Bersopan Dengan Sukarelawan/ Krew
Ucapkan terima kasih kepada para sukarelawan/ krew. Jika ada apa-apa yang tidak puas hati, jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar atau meninggikan suara. Ingat, mereka di sana untuk membantu anda.

 

Waterstation_005

Jangan jadi Pelahap

Makan untuk lari, bukan lari untuk makan. Makanan tenaga dan snek yang disediakan bukan bufet all-you-can-eat. Ambil bahagian anda sahaja dan jangan habiskan semua. Kasihanilah pelari-pelari yang kurang laju di belakang anda.

#jomkitalari

Sumber: Men’s Running

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!