Home / Artikel Menarik / Larian Lebih Pantas Dengan Siri FlyteFoam Fast ASICS

Larian Lebih Pantas Dengan Siri FlyteFoam Fast ASICS

ASICS-FlyteFoam-Fast-Series-thumb-960x540
Dari kiri: DynaFlyte, NOOSA FF, GEL-DS TRAINER 22

ASICS melancarkan kasut Siri FlyteFoam Fast: NOOSA FF, GEL-DS TRAINER 22 dan warna terbaru DynaFlyte, untuk memberikan pengalaman FlyteFoam kepada pelari yang idamkan kasut larian yang lebih pantas. Dilengkapi dengan teknologi tapak tengah FlyteFoam ASICS yang dipatenkan, Siri FlyteFoam Fast memenuhi keperluan pelari dengan apa jua jenis kaki dan corak larian. Di samping itu, ASICS memperluaskan khidmat bimbingan latihan dengan pelancaran aplikasi ASICS Pace Academy di Runkeeper.

“Kami teruja untuk menawarkan teknologi FlyteFoam kepada lebih ramai pelari menerusi rangkaian model yang baru,” kata Paul Miles, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Pemasaran Global, ASICS Corporation. “Di ASICS, kami komited untuk memberikan pelari bimbingan dan produk untuk memaksimumkan potensi mereka dalam olahraga. Selain daripada pakar kaki di butik kami yang berkomited, kami memperkenalkan Pace Academy, sebuah program aplikasi eksklusif – yang menawarkan nasihat kepada pelari untuk berlari dengan lebih pantas.”

asics flytefoam

Kepantasan untuk Semua dengan Siri FlyteFoam
Siri FlyteFoam Fast membawakan kepantasan yang diidamkan oleh pelari melalui teknologi tapak tengah yang amat ringan, FlyteFoam. NOOSA FF, GEL-DS TRAINER 22 dan DynaFlyte yang diperbaharui menampilkan teknologi tapak tengah yang dipatenkan ASICS, FlyteFoam, yang mula diperkenalkan pada kasut MetaRun pada tahun 2016. Tiga kasut tersebut direka untuk memenuhi keperluan semua pelari yang mempunyai pelbagai pronasi kaki, tahap pengalaman dan tujuan pemakaian.

Butik ASICS utama di seluruh dunia menggunakan teknologi FOOT ID and Analisis Gait untuk mengesyorkan kasut yang sesuai kepada si pemakai berdasarkan corak larian dan jenis pronasi. Pakar di butik juga boleh membimbing pelari dari semua peringkat dengan berkongsi petua latihan.

Memperkenalkan ASICS Pace Academy on Runkeeper
Seiring dengan pelancaran Siri FlyteFoam Fast, ASICS turut memperkenalkan Pace Academy di dalam aplikasi Runkeeper yang menampilkan panduan latihan, tips professional, dan inspirasi daripada atlet yang terkemuka. ASICS Pace Academy akan menjadi platform untuk membantu pelari meningkatkan prestasi mereka. Dalam aplikasi Runkeeper, latihan akan disesuaikan dengan keupayaan setiap pelari, lengkap dengan bimbingan audio.

ASICS Pace Academy boleh didapati dari aplikasi Runkeeper dari pertengahan bulan April dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa lain dari pertengahan bulan Mei.

Ketiga-tiga model Siri FlyteFoam boleh didapati untuk lelaki dan wanita di butik-butik ASICS dan kedai larian yang terpilih di seluruh dunia mulai Mac 2017. NOOSA FF akan dijual pada harga RM 499, GEL-DS TRAINER 22 akan dijual pada harga RM 499 dan DynaFlyte akan dijual pada harga RM 549.

Untuk maklumat lanjut mengenai FlyteFoam, sila layari asics.com/FAST

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!