Home / Artikel Menarik / RESEPI: Shake Kentang USA

RESEPI: Shake Kentang USA

U.S Potato Smoothies

Selain daripada kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, kentang juga mengandungi zat-zat berkhasiat seperti vitamin C, potassium dan vitamin B6. Kentang bukan sahaja boleh dinikmati dalam makanan, malah ia amat enak sekali untuk dibuat minuman shake atau smoothie.

Jom kita cuba resepi ciptaan Chef Elvin dari restoran Secret Louisiana yang menggunakan kentang USA (US Potatoes).

SHAKE KENTANG USA
(Hidangan 4 Orang)

Ramuan:
3 sudu makan flake kentang segera, tambahkan air dankacau sehingga sebati (atau kentang lenyek segar)
3 scoop aiskrim (perisa mengikut kesukaan anda)
50ml sirap gula perang
150ml susu penuh krim

Cara membuat:
Masukkan semua ramuan ke dalam blender dan kisarkan sehingga sebati. Jika terlalu pekat, anda boleh tambahkan susu mengikut rasa.

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!