Bandar Sunway, 25 April 2017 – Lebih daripada 1,000 pelari mengambil bahagian dalam acara larian ceria AQUA Run yang dianjurkan buat julung-julung kali di Sunway Lagoon.
Para pelari dilepaskan selepas sesi memanaskan badan selama 15 minit. Mereka basahi oleh semburan air sejuk apabila melepasi gerbang permulaan.
Larian ini menampilkan enam zon keseronokan yang dipenuhi dengan kejutan dan cabaran seperti Splash Attack di mana para pelari terpaksa merentasi penyembur air yang berputar dan menimbangi diri untuk mengelakkan daripada terjatuh ke atas Puddles Mattress.
Kemahiran memanjat para pelari juga diuji di zon Climb & Slide sebelum mereka menghadapi cabaran Wall Diving. Akhirnya, mereka bermandi-manda dalam pancaran lampu berwarna-warni dan diiring muzik rancak di Water Disco Hut berdekatan Malicove Pool sebelum berlari ke garisan penamat.
“Sunway Lagoon adalah terkenal sebagai destinasi yang meriangkan. Kami berusa bersunguh-sungguh untuk mencipta memori yang tidak mudah dilupakan bagi para pengunjung kami. Dengan adanya Aqua Run kami berharap para pengunjung dapat merasai dan mengalami pengalaman yang berbeza di Sunway Lagoon,” kata Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon.
Keseronokan diteruskan selepas tamatnya larian dengan Bubble Music Celebration, sebuah konsert yang dipenuhi buih-buih di Surf Beach’s Giant Canopy.
Untuk maklumat lanjut tentang Sunway Lagoon, sila layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi talian 603 5639 0000.