Kuala Lumpur, 19 Sept 2017: Selepas kejayaan yang bergemerlapan di Singapura, Australia dan China, ILLUMI RUN akan membuat kemunculan pertamanya di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 13 Januari 2018, hari Sabtu di Selangor Turf Club. Syarikat Infinitus Productions Pte Ltd mengumumkan pelancaran ILLUMI RUN hari ini di Sunway Velocity Mall, bersama dengan penaja terhormat, MPI Generali Insurans Berhad.
ILLUMI RUN yang pertama seumpamanya di Asia, akan memberi pelari pengalaman neon yang sangat menerujakan dengan air sinaran ILLUMI atau lebih dikenali sebagai ‘ILLUMI Glow Water’ yang ikonik. Larian santai ini akan menyaksikan peserta berlari, berjalan dan menari melalui zon muzik bercahaya ultraungu yang pelbagai tema sambil disiram dengan ‘ILLUMI Glow Water’. Keseronokan tersebut akan berterusan dengan perayaan muzik di Selangor Turf Club. Di sana, mereka akan dipersembahkan dengan barisan pertunjukan langsung berlatar-belakangkan paparan neon psikedelik.
Oliver Tan, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Generali Insurans Berhad, berkata, “sebagai syarikat insuran am yang perintis dalam menganjurkan acara larian untuk komuniti di Malaysia, acara larian MPI Generali telah melancaran kalendar tempatan sejak 2012 untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Selepas enam tahun, kami merasakan ianya masa yang tepat untuk menganjurkan aktiviti yang lebih menarik dengan peserta larian sedia ada, peserta baru, rakan kongsi perniagaan, serta pekerja dan pelanggan kami. Kami berbangga mempunyai peluang untuk menganjurkan acara larian unggul bertemakan pesta yang pertama di Malaysia yang menggabungkan keseronokan, semangat kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menggalakkan sukan berlari”.
“Kami sangat teruja kerana dengan peluang membawakan ILLUMI RUN di Malaysia buat kali pertama. Sambutan dari rakan kongsi kami di Malaysia telah memberikan kami keyakinan bahawa acara ini akan menjadi pengalaman yang lebih agung. Kami bertekad untuk mencipta pengalaman yang menyerlah dan bersinar bagi semua pelari kami dan kami menjanjikan ‘keseronokan yang bersih dan bermanfaat’ pada malam itu”. Bersedialah untuk berlari dan bersinar, “kata Jeffrey Foo, Pengarah Infinitus Productions Pte Ltd.
Acara larian itu menyasarkan penyertaan dari lebih 8,000 peserta, di mana setiap peserta akan dilengkapkan dengan beg bergaya yang penuh dengan barangan hebat yang akan membolehkan mereka bersuka-ria dalam sensasi neon.
Acara itu yang berlangsung pada waktu malam itu akan mewujudkan suasana kelab dalam perjalanannya, sekali gus menghidupkan larian neon yang unggul.
ILLUMI RUN juga menitik-beratkan kepentingan menyumbang kembali kepada masyarakat dan akan memberi sumbangan kewangan kepada S.O.S Kids, sebuah kumpulan sokongan komuniti yang ditubuhkan di Sarawak dengan tujuan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak yang kritikal dan yang kurang bernasib baik. Dana tersebut akan dikumpul melalui kutipan dari sebahagian yuran pendaftaran serta sumbangan tambahan dari peserta. Melalui ILLUMI RUN, diharap acara ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai kanak-kanak tajaan S.O.S serta lebih banyak dana dapat disumbang ke arah usaha mereka untuk menyediakan rawatan perubatan yang lebih baik untuk kanak-kanak ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.illumirun.com/my
PROMOSI UNTUK PEMBACA #JOMKITALARI
Dapatkan diskaun RM5 untuk larian ceria ILLUMI RUN dengan menggunakan kod promo di bawah. ILLUMI RUN akan dianjurkan buat pertama kalinya di Malaysia pada hari Sabtu, 13 Januari 2018 di Selangor Turf Club setelah mendapat sambutan yang luarbiasa di Singapore, Australia dan China.
Klik untuk mendaftar => https://illumirun.myraceonline.com/2018-kl/irkl18/RegIrkl18/code
#illumirun2018