Home / Artikel Menarik / Bersenam Ketika Demam Selsema: Mitos lawan Fakta

Bersenam Ketika Demam Selsema: Mitos lawan Fakta

selsema

Apakah yang harus dilakukan jika anda diserang demam selsema? Adakah anda harus berhenti berlari atau bersenam sehingga badan anda pulih semula? Atau bersenam itu boleh mempercepatkan badan untuk sembuh? Jom kita baca keterangan Dr. Malcolm J Stubbs M.D, membahaskan mitos dan fakta yang berkaitan dengan senaman ketika demam selsema.

MITOS LAWAN FAKTA: BERSENAM KETIKA DEMAN SELSEMA ADALAH OK
Jawapan: Fakta, bergantung kepada tahap demam selsema. Jika anda hanya mengalami hidung berhingus dan keadaan anda okay selepas mengambil ubatan, anda mungkin boleh membuat senaman. Bersenam semasa demam bukanlah satu idea yang baik. Jika suhu badan adalah terlalu tinggi, lebih baik anda berehat sahaja.

MITOS LAWAN FAKTA: DEMAM SELSEMA CEPAT SEMBUT DENGAN BERSENAM
Jawapan: Mitos. Kajian membuktikan bahawa bersenam dengan kadar yang kerap boleh meningkatkan daya ketahanan diri daripada penyakit, tetapi bersenam ketika sakit tidak memberikan impak kepada sistem imunisasi. Jika anda mahu cepat sembut, alihkan perhatian anda kepada nutrisi dan makan makanan yang berkhasiat.

MITOS LAWAN FAKTA: TAHAP KECERGASAN AKAN MERUNDUM APABILA ANDA JATUH DEMAM
Jawapan: Mitos. Kecuali anda diserang sakit yang berpanjangan, anda tidak akan hilang segala hasil kerja keras selama ini jika berehat seminggu atau dua. Malah, prestasi anda mungkin akan bertambah selepas berehat daripada regimen kecergasan anda. Ini adalah kerana otot-otot berpeluang untuk recover dan menjadi lebih kuat. Tambahan lagi, waktu rehat boleh membantu anda membuat refokus secara mental dan mendorong anda untuk berkerja lebih keras.

MITOS LAWAN FAKTA: SENAMAN BERAT AKAN MEMANJANGKAN LAGI TEMPOH PEMULIHAN
Jawapan: Fakta. Jika anda merasa tidak senang duduk dan perlukan senaman, lakukan senaman ringan sahaja. Walaupun, senaman boleh menurunkan tahap hormon tekanan di dalam badan, senaman yang berat akan menyebabkan badan mengalami tekanan yang akan menyebabkan sakit berlarutan.

Untuk kembali kepada rutin kecergasan anda, hidrasi dan rehat yang mencukupi adalah amat penting. Mulakan dengan perlahan untuk mengelakkan kecederaan dan relaps.

Artikel ini adalah sebagai panduan sahaja. Sila berjumpa doktor anda jika ada kemusykilan lebih lanjut.

Sumber: https://activeacadiana.com/

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!