Home / Berita Terkini / Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

AXA Hearts In Action Run 2018

Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action Run 2018 pada 30 September 2018 di Anjung Floria, Putrajaya. AXA Hearts in Action Run yang pertama telah dianjurkan pada 2015 sebagai inisiatif AAGI untuk melibatkan diri dan berkhidmat kepada masyarakat, pada masa yang sama menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.

Dengan tema “Bersama Membuat Perubahan”, AAGI menumpukan fokusnya kepada memperkasakan rakyat Malaysia untuk memperjuangkan tujuan amal yang penting bagi mereka di samping mengamalkan gaya hidup sihat. AAGI dan semua pelari yang mendaftar dengan AXA Hearts in Action Run 2018 akan menyumbang sejumlah RM 50,000 kepada 5 rakan NGO:
• WWF-Malaysia – untuk menyebarkan kepentingan suhu rendah bagi masa depan yang mampan
• World Vision Malaysia – untuk memperkasakan kanak-kanak sebagai generasi akan datang
• Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia – untuk mendidik orang ramai bahawa buah pinggang atau ginjal bukanlah sekadar organ
• Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia – untuk membangkitkan kesedaran tentang pengesanan awal kanser
• Yayasan Jantung Malaysia – untuk mengingatkan bahawa tiada apa yang lebih penting daripada jantung yang sihat.

Pelari boleh memilih daripada 5 warna kemeja-T yang mewakili tujuan amal yang berbeza dan menunjukkan sokongan terhadap tujuan amal pilihan mereka.

“Saya amat tersentuh melihat para pelari mengenakan kemeja-T berwarna-warni dan berlari demi tujuan amal yang dekat dengan hati mereka sepanjang 3 tahun ini. Ini adalah deklarasi jelas oleh rakyat Malaysia yang percaya dengan tujuan amal yang sama untuk bersatu di platform yang kami di AAGI dapat sediakan dengan bangganya,” kata Emmanuel Nivet, CEO AAGI.

Satu lagi kemuncak bagi larian tahun ini ialah penganjuran kategori Larian Maya, yang diperkenalkan atas permintaan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang tidak dapat menyertai larian tetapi ingin menyokong tujuan-tujuan amal mereka.

Pelari maya boleh berlari di mana-mana lokasi yang mudah bagi mereka, pada bila-bila masa dari 24 September 2018 hingga 7 Oktober 2018. Mereka hanya perlu mengambil gambar berlari dengan bib, menyatakan tarikh larian, masa, jarak dan hantar ke register@score.my bagi mendapatkan pingat larian.

“Dengan kejayaan AXA Heart in Action Run sejak 3 tahun lepas, kami komited untuk menyatukan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan menyokong tujuan amal pilihan mereka, sama ada di Anjung Floria, Putrajaya atau di mana-mana sahaja di seluruh dunia melalui Larian Maya. Jadi bawa ahli keluarga dan rakan-rakan anda, marilah bersatu hati dan membuat perubahan bersama-sama,” kata Rebecca Tan, Ketua Pegawai Pemasaran dan Bancassurance AAGI.

AXA Heart in Action Run 2018 menyasarkan penyertaan seramai 6,500 pelari tahun ini dengan 2 kategori di bawah:

Larian di Anjung Floria, Putrajaya 12km (Lelaki & Wanita): RM 70 setiap pelari 6km (Lelaki & Wanita): RM 60 setiap pelari; RM 40 setiap pelari (kanak-kanak berusia 3 – 12 tahun)

Larian Maya 12km (Lelaki & Wanita): RM 70 setiap pelari 6km (Lelaki & Wanita): RM 60 setiap pelari; RM 40 setiap pelari (kanak-kanak berusia 3 – 12 tahun)

Selain daripada larian yang menyeronokkan, peserta dan ahli keluarga mereka akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik. Penaja rasmi larian tahun ini termasuk Brooks, Pusat Beli-belah MyTOWN, Revive, ecoBrown, HealonWheel, Belvita Breakfast, Nestlé Fitnesse dan Nestlé Milo.

Pendaftaran untuk AXA Hearts in Action Run 2018 kini dibuka di www.axa.com.my/axa-hearts-in-action-run. Pelari boleh mengikuti Facebook AXA Affin Insurance Malaysia untuk makluman terkini.

Check Also

10 Fakta Menarik Tentang Juara NYC Marathon 2018 Mary Keitany

Share this on WhatsApp Mary Keitany menjuarai New York City Marathon 2018 buat kali ke-empat, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.