Kuala Lumpur, 11 Julai 2018 – Dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober 2018 di MAEPS, Serdang, COWAY Run 2018 kembali buat tahun ke-2 dan, sekali lagi, mengangkat kepentingan gaya hidup sihat dengan tema yang ‘menyejukkan’ sambil beramal!
Buat julung kalinya, COWAY Run 2018 menggunakan tema “Beat the Heat” – di mana kawasan larian direka khusus bagi pelari untuk berlari dalam keadaan selesa dan sesejuk yang mungkin.
Mengulas mengenai inspirasi di sebalik tema bagi tahun ini, En. Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway (M) Sdn. Bhd berkata, “Duduk di negara Tropika mempunyai banyak kelebihan, namun cuaca panas dengan kadar lembapan yang tinggi mungkin mempercepatkan keletihan dan dehidrasi dalam kalangan pelari. Oleh itu, menerusi COWAY Run 2018, kami berharap dapat membawakan pengalaman yang selesa dan sejuk bagi pelari-pelari untuk ‘Beat the Heat’ menerusi laluan larian yang mengujakan.”
Direka khas bagi menyejukkan pelari-pelari di sepanjang larian, laluan ini dipasang dengan penyiram air, terowong kabus serta terowong angin yang pasti menambahkan kejutan bagi pelari-pelari.
Tambahan, keuntungan diperoleh dari COWAY Run 2018 akan disalurkan kepada Projek Happy Water yang merupakan Program Tanggungjawab Sosial tahunan COWAY, di mana komuniti-komuniti orang Asli akan dibekalkan dengan air bersih.
Sejak penubuhan COWAY di Malaysia, sebagai pakar air terkemuka negara, COWAY terus giat mempromosikan pengguna kesihatan yang baik menerusi bekalan air bersih dan selamat di samping peringatan penting untuk kekal terhidrasi.
Menurut En. Kyle, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak mempunyai akses kepada air yang bersih, dan ini sering dipandang enteng. Dengan hasil yang bakal diperoleh disalurkan kepada Projek Happy Water, COWAY komited untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan menyediakan bekalan air bersih terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
“Di COWAY, kami berpegang pada prinsip bahawa semua orang layak menerima yang terbaik tanpa sebarang pengecualian; oleh itu kami mengiktiraf COWAY Run 2018 sebagai platform sesuai untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu ini dalam komuniti. Dengan itu, kami berjanji bagi setiap penyertaan yang diterima, RM10 akan didermakan kepada Projek Happy Water,” kata Encik Kyle.
COWAY Run 2018 dengan jarak larian 10KM dan 5KM bagi lelaki dan wanita menawarkan kategori-kategori berikut: Terbuka (bagi 16 tahun dan ke atas), Antarabangsa (bagi 16 tahun dan ke atas), Veteran (bagi umur 40 tahun dan ke atas).
Kembali pada tahun ini bagi memeriahkan larian adalah model kecergasan popular Malaysia, Jordon Yeoh. Saksikan beliau bersorak sambil memberikan kata-kata semangat kepada setiap pelari untuk setiap langkah ke garisan penamat bagi membuktikan anda tidak perlu menjadi atlet professional bagi menyertai sebarang larian.
Kanak-kanak yang hadir bersama ibubapa atau penjaga juga berpeluang menikmati keseronokan tersendiri di laluan berhalang kanak-kanak di mana mereka boleh berseronok sementara menunggu larian tamat. Tambahan, COWAY juga merancang untuk membawa rasa asli Korea ke COWAY Run 2018 dengan pembukaan Perkampungan Korea yang akan disertai oleh trak makanan, booth bergambar serta persembahan live band bagi menghiburkan peserta.
“Larian tahun ini berskala lebih besar dan lebih baik dari tahun sebelumnya – rakan dan ahli keluarga berkumpul bagi acara istimewa dan membawa perubahan murni kepada kehidupan merupakan langkah yang bijak bagi gaya hidup yang sihat,” ujar En. Kyle.
“Kami di COWAY yakin bahawa platform ini bukan sahaja bakal meningkatkan kesedaran bagi mewujudkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif malah memberi peluang kepada individu terutamanya mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapat akses kepada air bersih. Kami berharap usaha ini dapat mengurangkan masalah kesihatan di samping membawakan kegembiraan dan menambah baik kehidupan mereka.”
Bagi maklumat lanjut mengenai COWAY Run 2018, atau bagi tips pemanasan badan atau larian, layari laman mikro COWAY di http://cowayrun.com.my/.
Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://cowayrun.eventbrite.sg