Pernahkah anda ternampak seorang soldadu Stormtrooper berlari secara solo di dalam acara-acara larian di sekitar Kuala Lumpur? Kagum, kan? Bukan senang nak berlari jarak jauh dengan kostum penuh dalam cuaca Tropika yang panas.
Kalau nak tahu, nama jejaka di sebalik topeng Stormtrooper FN-2187 adalah Atan. Kami sempat menemuramah Atan yang juga seorang peminat tegar filem Starwars. Kami rasa Atan agak pemalu sebab dia tidak benarkan kami mengambil gambar mukanya tanpa topeng! Apa-apapun, jom kita baca…
Sudah berapa lama berlari dengan kostum ini?
Baru mula Februari, tahun 2016. Kostum ini memang dibeli untuk bawa berlari. Kadang-kadang ada orang panggil untuk event, birthday party, launching kedai dan sebagainya.
Agaknya berapa larian sudah dibuat dengan kostum Stormtrooper ini?
Banyak. Sepanjang tahun rasanya. Cuma larian trail dan berhalangan sahaja saya tak pakai kostum.
Sebelum ini Atan memang minat berlari, kan?
Memang saya suka berlari sejak akhir tahun 2014. Tapi semua fun run, untuk seronok-seronok sahaja, hilangkan stress.
Mengapa pilih kostum Stormtrooper?
Rasanya semua orang lebih enjoy, kalau saya ada. Dia sebenarnya watak utama dalam filem Starwars. Semua filem Starwars wajib ada Stormtroopers. Cuba series yang berbeza, nama tetap sama. Watak yang saya bawaini “First Order Stormtrooper” dari filem Starwars ke-7 iaitu The Force Awakens. Sebenarnya pun, kostum watak ini juga, paling ringkas dan mudah nak dibawa berlari.
Apakah cabaran apabila memakai kostum bila berlari?
Tak banyak masalah kecuali apabila helmet tu panas, lensa akan mengewap. Jadi, saya tak berapa nampak dan terpaksa bergantung kepada peserta-peserta di hadapan sebagai panduan. Kostum ini tak berat. Cuma tak boleh duduk sebab ada armour kat punggung. Jadi, kena berdiri all the way. Hehehehe!
Paling jauh berapa km kamu lari?
7km rasanya tapi dah tak ingat event mana satu.
Ada perancangan nak lari 42km?
Bila berlari suit up full armour macam tu, kita dah kira lari double distance lah. Kalau lari 5km, rasanya macam dah lari 10km. Tapi full marathon bukan bidang saya, bos. I just enjoy my run. Tak mahu seksa badan. Hehehehe…
Ada tak nasihat untuk pelari-pelari yang nak lari pakai kostum?
Enjoy your run. Mungkin dengan cara ini, kita dapat menceriakan, menghilangkan stress dan membeli hati peserta lain. Susah kita nak buat orang tersenyum. Mungkin dengan kehadiran kita dalam acara tersebut, semua peserta akan terhibur dan enjoy. Apapun be in character and respect each other. Enjoy yourself and keep running.
Follow Atan di Instagram -> @atandainese