Home / Artikel Menarik / Gadis Menipu Menggunakan Khidmat ” Valet Larian”

Gadis Menipu Menggunakan Khidmat ” Valet Larian”

Valet_Larian_004

MASYARAKAT Islam Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kewujudan satu laman Facebook dikenali “Valet Doa” yang menawarkan khidmat kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.

Dalam dunia larian pun ada khidmat ala-ala “Valet Doa” di mana ada pelari yang akan berlari marathon bagi pihak anda!

Menurut sebuah laman web larian, Marathon Investigation, seorang pelari wanita bernama Cindy telah dikantoikan kerana menggunakan khidmat “Bib Mule” / “Valet Larian” di New York City Marathon 2016 untuk mendapatkan kelayakan memasuki Boston Marathon.

Sebelum hari perlumbaan, Cindy telah memuatnaik banyak gambar persiapannya ke media sosial seperti pelan hidrasi, makanan gel tenaga dan sebagainya. Di hari perlumbaan, dia telah memuatnaik sekeping gambarnya bersama pingat penamat walaupun gambar berlarinya tidak dapai dikesan.

Valet_Larian_005Valet_Larian_002

Bila disiasat, ada beberapa keping gambar seorang pelari lelaki berlari memakai bib nombornya. Jadi, apa yang perlu dibuktikan sekarang adalah pelari lelaki tersebut memakai bib nombor Cindy dan bukan salinan palsu.

Valet_Larian_001

Untuk membuktikan yang bib nombor tersebut adalah milik Cindy, kita boleh melihat pelari yang berlari di sebelah “valet larian” iaitu pelari #9041. Pelari tersebut menamatkan larian satu saat di belakang masa penamat Cindy iaitu 3:17:29. Gambar di garisan penamat menunjukkan kedua-dua pelari menamatkan larian tanpa bayangan Cindy pun di sisi. Jadi, memang tidak boleh disangkal lagi yang Cindy menggunakan khidmat “Valet Larian”.

Tujuan Cindy menipu adalah untuk mendapatkan kelayakan ke Boston Marathon. Dia memuatnaik gambarnya bersama pingat penamat di laman Instagram dengan kapsyen”

“SO THIS HAPPENED AGAIN TODAY. WHAT I LOVE MOST ABOUT RUNNING MARATHONS IS THAT IT TRULY DOES TEST MENTAL STRENGTH THAT ALSO TRANSLATES TO HOW WE DEAL WITH CHALLENGES IN OUR EVERYDAY LIVES. RAN MY HEART OUT TODAY AND LEFT EVERYTHING ON THE COURSE. ALL THE TRAINING PAID OFF AND QUALIFIED FOR THE BOSTON MARATHON! 🏃‍♀️ AMAZING THINGS HAPPEN WHEN YOU #BELIEVE. NEXT UP: LOTS OF YOGA AND HIBERNATION!”

Cindy telah disingkirkan dari kelayakan Boston Marathon.

Pengajaran kepada kisah ini adalah jangan menipu, kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Jangan cemarkan semangat marathon dengan mencari jalan pintas. Tak payahlah nak menunjuk-nunjuk di laman sosial. Apa yang penting, berusaha keras untuk berjaya!

#jomkitalari

Check Also

5 Kekerapan Berlari Yang Manakah Paling Sesuai Untuk Anda?

Share this on WhatsApp Memilih berapa hari dalam seminggu untuk berlari adalah seperti mencari pasangan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!