Home / Artikel Menarik / 5 Tips Berlari Di Waktu Pagi Sebelum Ke Pejabat

5 Tips Berlari Di Waktu Pagi Sebelum Ke Pejabat

5 Tips Berlari Di Waktu Pagi Sebelum Ke Pejabat

Waktu pagi adalah masa yang paling baik untuk berlari. Apa tidaknya? Udara segar. Kicauan burung yang merdu. Sinar matahari yang belum lagi membahang. Semuanya adalah pendorong bagi anda untuk memulakan hari anda dengan berlari. Di sini kami kongsikan 5 tips yang boleh anda ikuti agar tiba di pejabat dengan lebih segar, cergas dan bertenaga.

1. Mulakan dengan niat
Ia memang sukar untuk bangun setiap pagi, lebih-lebih lagi dari mimpi yang indah. Jadi, anda harus pastikan anda mempunyai niat atau matlamat yang baik – tak kira sama ada ia untuk kesihatan, berlatih untuk sesuatu acara atau untuk menurunkan berat badan.

2. Bersiap-sedia pada malam sebelumnya
Persediaan pada malam sebelumnya adalah penting agar anda tidak bazirkan masa di waktu pagi. Siapkan kelengkapan berlari dan rancang laluan larian sebelum anda tidur. Jangan lupa pasangkan jam penggera.

3. Tidur Awal

Tidur awal, bangan awal. Prinsipnya amat mudah! Lupakan pesta larut malam dan jangan bersengkang mata menonton TV atau bermain internet untuk memastikan tidur yang cukup.

4. Keep It Real
Beri diri anda matlamat yang realistik setiap pagi dan bina momentum anda dari situ. Mungkin anda boleh mulakan dengan satu sesi setiap minggu dahulu. Buat jarak atau intensiti yang tidak terlalu mebebankan.

5. Teman Lari
Ia adalah lebih sukar untuk anda menekan butang “snooze” jika ada seseorang sedang menunggu anda di depan pintu rumah anda. Ajak ahli keluarga atau rakan untuk berlatih bersama di waktu pagi. Anda juga boleh menyertai krew lari berdekatan kediaman anda.

#jomkitalari

Check Also

Diganggu Penunggu Presint 18, Putrajaya? Pelari Kongsi Kisah Seram Ketika Berjoging

Share this on WhatsApp Gambar hiasan Pernahkah anda mengalami insiden yang menyeramkan ketika berlari di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!