Home / Berita Terkini / #FitMcDonald’s Menggalakkan Gaya Hidup Lebih Sihat

#FitMcDonald’s Menggalakkan Gaya Hidup Lebih Sihat

McDonalds 001

Bukit Jalil, 12 Ogos 2017 – Lebih daripada 4,000 pelanggan dan kakitangan McDonald’s turut serta dalam senaman bersama Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin di Stadium Bukit Jalil dan 15 lokasi berlainan sempena pelancaran #FitMcDonald’s, inisiatif yang baharu untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat di kalangan kakitangan McDonald’s dan komuniti-komuniti di Malaysia.

McDonalds 002

#FitMcDonald’s yang diilhamkan oleh platform FIT Malaysia Kementerian Belia dan Sukan berharap untuk mengikut jejak visi FIT Malaysia dengan menjalankan pelbagai senaman dan aktiviti kecergasan seperti tarian senaman Zumba, Body Combat atau Sh’bam di 15 lokasi berlainan. Aktiviti-aktiviti ini akan disertai oleh warga kerja ibu pejabat dan 262 restoran McDonald’s, bersama-sama dengan ahli keluarga dan komuniti-komuniti berdekatan.

Dalam satu minggu, Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan dilancarkan. Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar percaya bahawa ini ialah masa yang amat sesuai untuk melancarkan inisiatif sebegini.

McDonalds 003

Katanya “Malaysia ialah satu negara yang betul-betul menggemari sukan. Namun, kami haruslah bersatu padu menyokong atlet-atlet kami untuk mencapai kecemerlangan. Malah, kami juga patut mendorong sesama sendiri untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat, sama ada secara individu, sekeluarga, atau di dalam komuniti kami. Kesihatan bukannya boleh dianggap sebagai destinasi terakhir, ia sepatutnya menjadi pilihan gaya hidup yang penting.”

“Sebagai jenama restoran terkemuka di Malaysia, kami mahu #FitMcDonald’s menjadi platform yang boleh menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah pertama ke arah kehidupan yang sihat – bermula dengan kakitangan kami yang mewakili jenama McDonald’s setiap hari,” tambah Azmir.

McDonalds 004

Pelancaran #FitMcDonald’s menyusul hentian  Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang dijalankan di McDonald’s Putrajaya semalam.

Larian Obor ke McDonald’s Putrajaya didahului oleh atlet Paralimpik McDonald’s tersendiri, Muhammad Nabil Bin Rosli, yang telah memenangi pingat Perak untuk kategori Lari Pecut 100m di Sukan Paralimpiad Malaysia di Sarawak pada tahun lepas.

Nabil bersama pasukan pelari McDonald’s seramai 40 orang, dialu-alukan oleh persembahan yang cukup merangsangkan daripada pancaragam berbaris. Selepas itu, Azmir, Ronald, Rimau dan para tetamu menandatangani dinding khas. Setelah berehat selama 25 minit, giliran Azmir pula untuk mendahului kontinjen larian obor untuk 200m seterusnya.

McDonalds 005

‘Pit stop’ semalam di McDonald’s Putrajaya ialah acara yang terakhir daripada tiga acara hentian utama. Sebelum itu, McDonald’s telah menyediakan hidangan makanan McDonald’s untuk para pelari larian obor di 17 restoran lain di serata Malaysia

Pada bulan April lepas, McDonald’s telah menandatangani memorandum persefahaman dengan MASOC sebagai penaja perak dan restoran rasmi untuk Kuala Lumpur 2017.

Check Also

R U Tough Enough kini kembali

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur (19 Ogos 2019) – R U Tough Enough kini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!