Home / Artikel Menarik / Fitbit Alta HR: Pantau Nadi Untuk Tidur Lebih Lena

Fitbit Alta HR: Pantau Nadi Untuk Tidur Lebih Lena

Alta HR lifestyle shot featuring a young Indian woman wearing the black classic band while sleeping.

Fitbit Alta HR yang dilancarkan awal tahun ini adalah penjejak nadi yang berterusan dalam bentuk gelang tangan yang paling nipis di dunia, menggabungkan manfaat teknologi kadar degupan jantung PurePulse®, pengecaman senaman automatik, penjejakan tidur dan notifikasi pintar dalam rekaan nipis dan versatil yang mudah disesuaikan mengikut gaya anda.

AltaHR_SEgunmetal_Run_5704_CMYK

Bukan sahaja sesuai untuk dipakai ketika senaman atau aktiviti harian, cirinya yang nipis lagi ringan membolehkannya dipakai sewaktu tidur.

Ramai di kalangan anda yang menanggalkan jam tangan yang besar dan berat sebelum masuk tidur, bukan? Tetapi dengan Fitbit Alta HR, anda tidak perlu menanggalkannya sebelum tidur. Malah ia wajib dipakai untuk fungsi penjejakan tidur yang memberikan anda maklumat dan panduan untuk mengekalkan kesihatan sambil memberi motivasi untuk mencapai sasaran kecergasan anda.

Alta HR 3qtr retail photo in classic black.

 

Penjejakan Tidur yang Pintar

Fitbit dilengkapi dua maklumat bantuan tidur baru yang dinamik – Sleep Stages dan Sleep Insights – yang memberi lebih maklumat untuk kualiti tidur anda dan panduan untuk memperbaiki tidur anda,

Alta_HR_Lifestyle_Sleeping_1910

Penjejakan Tidur yang Pintar, Memberi Maklumat, Automatik untuk Membantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena

Fitbit memperkenalkan dua fungsi bantuan tidur baru yang dinamik – Sleep Stages dan Sleep Insights – yang memberi lebih maklumat untuk kualiti tidur anda dan panduan untuk memperbaiki tidur anda, memanfaatkan ciri-ciri tidurnya yang terkenal yang telah membantu berjuta-juta orang menjejak corak tidur mereka sejak 2012.

Digabungkan dengan diet dan senaman, tidur adalah antara faktor utama kesihatan anda, namun kebanyakan orang tidak begitu tahu mengenainya. Tidur yang baik memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan kesejahteraan anda, dari melindungi daripada penyakit kardiovaskular, kencing manis dan obesiti, sehinggalah meningkatkan fungsi neurokognitif, kesihatan mental dan panjang umur. [i]

Sleep Stages, dikuasakan oleh PurePulse, menggunakan data akselerometer dan kepelbagaian kadar degupan jantung (perubahan tempoh masa antara degupan), serta algoritma Fitbit yang telah terbukti untuk mendapatkan anggaran yang lebih tepat bagi tempoh anda tidur dalam fasa tidur ringan, nyenyak dan REM, serta waktu berjaga setiap malam:

  • Tidur Ringan (merangkumi fasa tidur N1 dan N2) berlaku sepanjang malam dan penting untuk memori, pembelajaran dan membantu badan anda sembuh daripada aktiviti pada siang hari; bagi kebanyakan orang antara 50-60% waktu malam anda. [ii]
  • Tidur Nyenyak (fasa tidur N3) menggalakkan sistem imun yang sihat dan pertumbuhan serta pemulihan otot; bagi kebanyakan orang 10-25% waktu malam anda (bergantung kepada umur). [iii]
  • Tidur REM adalah waktu di mana mimpi kerap terjadi dan penting untuk pemulihan mental dan pembentukan memori; bagi kebanyakan orang 20-25% waktu malam anda. [iv] Kebanyakan tidur REM berlaku pada penghujung malam, dan biasanya merupakan fasa yang dipendekkan apabila waktu tidur berkurangan.
  • Tempoh berjaga (antara 10-30 kali) adalah fasa yang normal dalam kitaran tidur anda setiap malam.[v]

Kitaran tidur setiap orang berbeza, tetapi dengan mengetahui kualiti dan corak tidur anda dengan lebih baik, serta menyedari kesannya kepada hari anda, anda boleh melakukan perubahan dalam gaya hidup yang boleh membantu memperbaiki tidur anda dalam jangka panjang – seperti diet, senaman, berehat sebelum tidur, dan mempunyai jadual tidur yang konsisten.

Sebagai contoh, jika anda berasa letih selepas bangun tidur setiap pagi, walaupun anda rasa sudah tidur secukupnya, anda mungkin tidak mendapat tidur nyenyak yang mencukupi.

Menjejak corak tidur juga membantu mengenalpasti variasi yang boleh menjadi petunjuk kepada masalah-masalah lain. Sebagai contoh, ketidakseragaman dalam corak tidur mungkin merupakan petanda kepada masalah tidur yang perlu dibincangkan bersama doktor.[vi]

“Membantu mengekalkan sistem imun yang sihat, mengekalkan fungsi-fungsi kognitif dan mengekalkan berat badan yang sihat, tidur anda – atau jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi – memainkan peranan yang sangat penting,” kata Dr. Allison Siebern, Pakar Tidur Stanford University dan Panel Penasihat Fitbit.

“Ciri-ciri tidur yang baru dari Fitbit ini menggunakan pendekatan berasaskan sains untuk menunjukkan corak tidur anda dalam jangka panjang, dan memberi anda panduan yang telah disahkan dan boleh mengambil tindakan darinya untuk membantu membuat perubahan dalam rutin harian demi mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik – dan seterusnya memperbaiki kesihatan anda secara keseluruhannya. Berdasarkan keselesaan dan akses yang ditawarkan oleh produk ini, ia merupakan salah satu penyelesaian penjejakan tidur yang bukan dari makmal kajian tidur yang paling berharga dan berguna boleh didapati oleh pengguna.”

Dihasilkan oleh panel pakar-pakar dalam bidang berkaitan tidur dari Fitbit sejak dua tahun lalu, Sleep Stages memberi maklumat yang sebelum ini hanya boleh didapati melalui makmal tidur kepada berjuta-juta pengguna, manakala Sleep Insights menawarkan panduan yang dikhususkan untuk membantu memperbaiki tidur anda.

Panel ini menggabungkan kepakaran akademik yang tinggi dalam pelbagai bidang berkaitan tidur termasuklah kesihatan, penyakit kronik dan insomnia:

  • Michael Grandner, pengarah, Sleep and Health Research Program di University of Arizona;
  • Allison Siebern, perunding penolong pensyarah, Stanford University Sleep Medicine Center, dan pengarah, Sleep Health Integrative Program di Fayetteville VA Medical Center; dan
  • Michael T. Smith, Jr., profesor Psikiatri, Neurologi dan Kejururawatan, Johns Hopkins University, School of Medicine.

Fitbit menjalankan ujikaji yang teliti untuk menguji kebolehan peralatannya, termasuklah Alta HR, untuk menganggar fasa-fasa tidur di kalangan orang dewasa. Keputusan yang mengesahkan ciri Sleep Stage Fitbit ini telah diterima untuk membuat pembentangan di SLEEP 2017, mesyuarat utama untuk para saintis dan pakar klinikal.

Sleep Insights – menggunakan data Fitbit yang diperoleh daripada lebih 3 bilion tidur malam yang sudah dilog[vii], bersamaan dengan 2.5 juta tahun, Fitbit diposisikan dengan unik untuk menyediakan maklumat mengenai tidur yang sangat penting untuk memberi panduan dan bimbingan yang boleh diambil tindakan darinya untuk membantu anda memperbaiki kualiti tidur dan seterusnya, kesihatan anda. Antara contohnya termasuklah:

  • Memahami kaitan di antara tidur, senaman, diet, berat badan dan kadar degupan jantung:
    • “Nampaknya terdapat kaitan yang kuat di antara tidur dan larian anda. 10 log malam sebelum ini menunjukkan bahawa anda mempunyai lebih 20 minit tidur yang nyenyak pada hari anda berlari berbanding hari anda tidak berlari.”
    • “Kekurangan tidur boleh meningkatkan hormon lapar. Jadi, jika ingin menurunkan berat badan, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.” [viii]
  • Dapatkan panduan dan maklumat yang dikhususukan berdasarkan data Fitbit anda untuk membantu mengekalkan jadual yang sesuai dan mendapatkan kualiti tidur yang terbaik:
    • “Purata tidur anda untuk hujung minggu ini adalah 9jam 30min, lebih tinggi berbanding hari biasa di mana jumlah tidur anda adalah 5jam 40min. Perbezaan yang tinggi ini mungkin merupakan petanda anda tidak mendapat tidur yang mencukupi pada hari biasa.”
    • “Tahniah kerana berjaya tidur pada waktu yang konsisten sepanjang minggu ini. Konsisten bermakna anda masuk tidur dalam tempoh 30 minit yang sama setiap hari. Mereka yang mempunyai waktu tidur yang konsisten seperti anda mendapat 40 minit lebih tidur setiap malam berbanding mereka yang mempunyai konsistensi tidur yang rendah.”

AltaHR_Family_CMYK.tif

Alta HR boleh didapati dengan harga runcit yang disyorkan RM730.00 di Lazada.com.my dan kedai-kedai termasuk EziBuy, Gizmart, Harvey Norman, Fotiken, Courts, Digital World, Gelant dan peruncit-peruncit lain. Antara aksesori yang boleh didapati juga adalah Gelang tangan kecergasan klasik, RM130.00; Gelang tangan Kulit Luxe, RM250.00; dan Gelang Tangan Besi Luxe, RM420.00.

Aplikasi Sleep Stages dan Sleep Insights boleh didapati di seluruh dunia sekarang.

  • Sleep Stages boleh digunakan dengan peralatan Alta HR, Blaze dan Charge 2 melalui aplikasi Fitbit pada Android, iOS dan Windows, dan “dashboard” dalam talian Fitbit.com.
  • Sleep Insights boleh digunakan dengan semua peralatan Fitbit yang menjejak tidur melalui aplikasi Fitbit.

#jomkitalari

 

[i] Institute of Medicine, Committee on Sleep Medicine and Research. Sleep disorders and sleep deprivation: An unmet public health problem. Washington: National Academies Press, 2006, http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20669438.

[ii] Sleep, November 2004, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15586779; and Sleep, December 1996. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9085516.

[iii] Sleep, November 2004, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15586779; and Medicine & Science in Sports & Exercise, May 1997, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9140908.

[iv] Sleep, November 2004, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15586779; Physiological Reviews, April 2013, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23589831; and Cerebral Cortex, January 2011, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3000566/.

[v] Journal of Clinical Sleep Medicine, April 2007, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2564772/.

[vi] Journal of Clinical Sleep Medicine, February 2014, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24533001.

[vii] Based on Fitbit data using automatic sleep tracking on Fitbit devices since January 1, 2015.

[viii]  Endocrine Development. March 2011, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19955752.

 

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!