Daging membekalkan zat-zat makanan yang penting seperti protein, zat besi, zink dan asid amino yang diperlukan oleh badan.
Pelari memerlukan asid amino dan protein untuk membina semula tisu-tisu otot yang koyak secara micro semasa latihan. Berlari jarak jauh juga menyebabkan jumlah sel-sel darah merah menurun, jadi para atlet memerlukan 30% lebih zat besi berbanding dengan orang bukan atlet. Dengan itu, daging adalah satu sumber makanan yang bagus untuk para pelari semua.
Jom kita cuba resipi daging goreng dengan sos tiram Kimball yang lazat ini!
Daging Goreng Kimball dengan Sos Tiram Kimball
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang
Bahan-bahan:
200 g daging lembut, dihiris nipis
3 sudu besar minyak
2 cm halia, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dilenyek
Sayur-sayuran:
1 – 2 biji cili merah, dihiris kasar
1 biji bawang merah bersaiz sederhana dipotong besar
½ biji lobak merah dihiris halus
¾ cawan sayur campur, dipotong sederhana*
2 tangkai daun bawang, dipotong sepanjang 4 cm
*Lada benggala merah atau hijau, brokoli atau kobis bunga
Untuk Perapan:
1 sudu besar gula
½ sudu besar garam
½ sudu besar lada putih
1 sudu besar sos karamel pekat
2 sudu besar tepung jagung
Cara Penyediaan:
1. Gaulkan hirisan daging dengan perapan dan biarkan selama 10 minit.
2. Panaskan 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali yang diletakkan di atas api kuat dan tumis halia bersama bawang putih selama 3 hingga 4 minit sehingga kekuningan. Tambahkan sayuran (kecuali daun bawang) dan tumiskan sehingga keemasan di atas api kuat selama 5 – 7 minit. Alihkan sayuran dari kuali.
3. Tambah minyak dalam kuali dan tumiskan daging selama 7 – 8 minit. Masukkan semula sayuran tadi dan tambahkan adunan sos. Apabila sos memekat, tambahkan daun bawang dan masakkan selama 30 saat. Hidangkan bersama nasi panas.
Resepi ihsan: Kimball