Home / Berita Terkini / NIVEA CARE RUN Sumbang RM20,000 Kepada PENYAYANG

NIVEA CARE RUN Sumbang RM20,000 Kepada PENYAYANG

Nivea_Care_Run_001

Putrajaya, 29 Oktober 2017 – Hampir 2,500 pelari berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada  rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.

Nivea_Care_Run_002

“Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadiran pada hari ini memainkan peranan penting dalam  kejayaan acara ini.”

Nivea_Care_Run_003

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.*

Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA Protect & Care” yang membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah PENYAYANG, cabutan bertuah dan kios foto. Selebriti tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie turut memeriahkan NIVEA Care Run ini.

Nivea_Care_Run_004

Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Deodoran NIVEA Protect & Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara.

Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!