Home / Berita Terkini / Edisi Ketiga KL POSSIBLE RUN sasar 2,500 Pelari

Edisi Ketiga KL POSSIBLE RUN sasar 2,500 Pelari

16176191_1634618610177836_331375320_n

Kuala Lumpur, 19 Januari – KL Possible Run 2017 menyasarkan lebih 2,500 peserta akan mengambil bahagian dalam program tersebut yang akan berlangsung di Padang Merbok di sini pada 11 Mac ini.

Pengurus program S. Genesan berkata larian itu mempertandingkan sebanyak enam kategori dengan lima daripadanya sejauh 10 kilometer (km) manakala kategori Family Fun Run akan berlangsung sejauh 3km.

Enam kategori tersebut adalah terbuka lelaki dan wanita (lebih 13 tahun); veteran lelaki dan wanita (lebih 40 tahun); veteran senior lelaki (lebih 50 tahun) serta Family Fun Run.

“Ini merupakan edisi ketiga dan sambutan setiap tahun meningkat. Setakat ini kita mendapat sokongan yang baik terutamanya untuk Family Fun Run,” kata bekas pelari jarak jauh kebangsaan itu dalam majlis pelancaran program di Bukit Jalil, di sini hari ini.

16237257_1634618616844502_1894979148_n

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan yang turut dihadir dalam majlis tersebut memuji usaha penganjur iaitu Kelab Sukan Generasi Kejayaan Ria mengadakan program itu. “Setiap kejayaan memerlukan dedikasi, pengorbanan dan wawasan yang tinggi untuk mencapai matlamat.

“Langkah penganjur mengadakan program sebegini dilihat sangat positif untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas di samping mempromosikan gaya hidup sihat,” ujarnya.

KL-Possible-Poster2-(New)-min

Untuk pendaftaran, sila klik imej di atas.

Sumber: Utusan Malaysia
Foto: KL Possible Run 2017

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!