Home / Acara Malaysia / CHAPMAN’S CHALLENGE 2017 @ PANGKOR LAUT RESORT

CHAPMAN’S CHALLENGE 2017 @ PANGKOR LAUT RESORT

PLR The Chapmans Challenge - Race day flag off

Cabaran Chapman, sebuah acara biathlon oleh YTL Hotels kembali lagi ke Pangkor Laut Resort pada 12-14 Mei 2017.

Pangkor Laut Resort menawarkan pakej termasuk:

  • Penginapan dua malam di villa pilihan anda
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
  • Pengangkutan speedboat pergi dan balik dari Marina Island Pangkor
  • Penyertaan Chapman’s Challenge 2017 pada 13 Mei 2017 untuk 2 orang dewasa.
  • Kemeja T Penamat Chapman’s Challenge dan goody bag
  • Minuman pasca-lumba di Chapman’s Bar
  • Koktel dan makan malam BBQ untuk 2 dewasa di Emerald Bay pada 13 Mei 2017
  • YES Huddle 4G Mobile Hotspot untuk akses wifi

Acara biathlon ini terdiri daripada dua bahagian iaitu larian di dalam hutan dan diikuti dengan renang laut terbuka di Emerald Bay. Perlumbaan ini diadakan sebagai satu tribute atau penghargaan kepada Kolonel Freddy Spencer Chapman, seorang pegawai tentera British yang pernah memboloskan dirinya daripada serangan tentera Jepun di Pangkor Laut pada 13 Mei 1945 untuk menaiki kapal selam selepas menyembunyikan dirinya di dalam hutan semasa Perang Dunia Kedua.

PLR The Chapmans Challenge - Irene Chong overtaking 5 contestants in the open water swim to claim 2nd place

Para peserta memulakan acara dengan larian sejauh 3.8km di atas jalan seliling pulau, diikuti dengan 2.4km jejak hutan hujan Tropika yang berusia 2 juta tahun dan kemudiannya renang sejauh 1km di laut terbuka di Emerald Bay. Para peserta menamatkan perlumbaan di Chapman’s Bar, yang dinamakan sebagai tribute kepada Spencer Chapman 20 tahun lepas.

Tempat adalah terhad, sila buat tempahan di http://www.pangkorlautresort.com/the-chapmans-challenge-offer.html

Check Also

RACE OF THE STARS

Share this on WhatsApp Info Larian Selebriti dan influencers tempatan kesayangan anda akan beradu stamina …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!