Home / Berita Terkini / CARiNG Pharmacy Lancar #KAMICARING Run 2019

CARiNG Pharmacy Lancar #KAMICARING Run 2019

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2019 – Buat julung-julung kalinya, CARiNG Pharmacy bakal menganjurkan acara Larian #KamiCaring Run 2019 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019, bermula jam 6:00 pagi hingga 10:00 pagi. Acara larian ini adalah selaras dengan slogan CARiNG Pharmacy iaitu “Hidup Sihat. Hidup Gembira”,

Majlis pelancaran larian ini telah disempurnakan oleh pengasas CARiNG Pharmacy dan disaksikan oleh tetamu undangan Muaz Mohamed, para penaja dan juga jemputan media.

Sebagai sebuah syarikat farmasi yang berdedikasi dalam mempromosikan penyelesaian kesihatan dengan kos efektif kepada masyarakat, CARiNG Pharmacy percaya bahawa setiap orang harus memulakan langkah ke arah kehidupan yang sihat tanpa mengira batasan umur atau bentuk fizikal tubuh.

Gaya hidup yang sihat akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kesihatan pada masa hadapan. CARiNG menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengambil berat ke atas kesihatan mereka dan menjalani sebuah kehidupan yang penuh bermakna.

KamiCaring Run 2019 merangkumi 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run. 5KM Fun Run terbuka untuk dewasa 13 tahun ke atas, dan kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun. 12KM Competitive Run pula terbuka untuk dewasa 15 tahun ke atas. Peserta di bawah umur 18 tahun harus mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga terlebih dahulu.

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman khusus http://bit.ly/KamiCaringRun2019 di mana pendaftaran awal diberikan diskaun sebanyak RM5. Yuran pendaftaran adalah RM60 untuk 12KM Competitive Run, RM50 untuk 5KM Fun Run (Dewasa 13 tahun & ke atas) dan RM30 untuk 5KM Fun Run (Kanak-kanak 3 – 12 tahun).

Setiap peserta akan mendapat t-shirt larian, pingat penamat dan beg cenderahati. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Oktober 2019.

Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pemenang-pemenang 12KM Competitive Run. Untuk kedua-dua kategori 12KM Terbuka Lelaki/Veteran dan 12KM Terbuka/Veteran, hadiah pertama berupa wang tunai berjumlah RM600 berserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang. Pemenang di tempat kedua pula akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM400 berserta piala, manakala tempat ketiga pula menerima wang tunai RM200 berserta piala. Hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM100 berserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang tempat ke-empat hingga ke-sepuluh.

Acara Cabutan Bertuah akan turut berlangsung pada hari larian tersebut. Hadiah- hadiah Cabutan Bertuah ini akan diumumkan pada hari larian.

KamiCaring Run 2019 dianjurkan oleh CARiNG Pharmacy, bersama Penaja-Penaja Platinum CARiNG – Abbott, VitaHealth and Herbs of Gold; dan Penaja-Penaja Emas CARiNG – Hello March, Fisol, Salonpas, Flexijoint, L’Oreal and SunSense. Turut menjayakan acara ini adalah penaja-penaja dari Betadine, Cap Kelapa Laut Afrika, Kao, FitNesse, Milo, Oreo dan Atria Shopping Gallery. Milo dan FitNesse akan menawarkan produk minuman mereka secara percuma kepada peserta dan orang ramai yang hadir.

Sebagai Rakan Kongsi Pengangkutan Rasmi, Grab akan menawarkan diskaun sebanyak RM5 kepada peserta dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut ke dan dari lokasi acara. Diskaun ini terhad kepada 400 pengguna yang pertama sahaja, dan ia dibiayai sepenuhnya oleh CARiNG untuk peserta dan orang ramai ke lokasi larian.

Untuk sebarang maklumat berhubung #KamiCaring Run 2019, sila hubungi:
Alamat emel : [email protected]
No. telefon : 03-7726 4277
Waktu urusan : 9:00am – 6:00pm (Isnin – Jumaat)

Check Also

Berlari Untuk Menyelamatkan Lautan Bersama adidas

Share this on WhatsApp Putrajaya, 15 June 2019 – adidas Malaysia mengalu-alukan kembalinya ‘Run For …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!