CAT10K Virtual Run
Kuala Lumpur, 15 Julai 2019 – Sebagai usaha untuk merapatkan lagi hubungan sesama komuniti ASEAN, CAT Telecom dari Thailand membawakan larian maya yang diadakan buat julung-julung kalinya, CAT10K Virtual Run!
Aplikasi larian maya SOFEA Run dengan bangganya telah menjadi aplikasi rasmi buat acara yang bersejarah ini. Kepada yang gemarkan larian maya, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara larian 10K terbesar di Thailand dan menangi slot larian secara cabutan bertuah untuk Bangkok Midnight Marathon 2019 dan juga CAT10K serta tiket penerbangan!
Apa yang anda perlu lakukan
- Semua peserta harus menamatkan sekurang-kurangnya 10KM dalam Tempoh Perlumbaan (Race Period).
- Kirimkan keputusan anda kepada penganjur. Sila rujuk kepada bahagian NEWS di dalam aplikasi untuk prosedurnya.
Bila?
- Tempoh Pendaftaran: 8 Julai – 7 September 2019*
- Tempoh Perlumbaan: 8 September – 15 September 2019*
*Tarikh & Masa mengikut GMT +8
Di mana?
- DI MANA-MANA SAHAJA! Anda boleh memilih lokasi yang anda gemari untuk larian maya ini. Pastikan anda menggunakan aplikasi SOFEA Run untuk merekod dan menjejaki larian anda.
Bagaimana caranya untuk mendaftar?
- Setelah memuat turun aplikasi SOFEA Run, pilih JOIN NOW dan ikuti arahan di paparan.
*Butang SUBMIT hanya akan kelihatan dalam Tempoh Pendaftaran.
Yuran Pendaftaran
Terdapat tiga pilihan untuk anda:
- RM72 / U$D 18 (Marathon Challenge) / 21KM)
- RM72 / U$D 18 (Marathon Challenge) / 42KM)
- RM72 / U$D 18 (Fun Run Challenge) / 10 KM)
Pulangan
- Kemeja T Larian dan Pingat Penamat
- Setiap penyertaan hanya layak untuk memenangi sekali sahaja.
- SEMUA peserta yang mendaftar untuk CAT10K Virtual Run adalah layak untuk bersaing di dalam Marathon Challenge – 21KM/42KM atau Fun Run Challenge (optional). Untuk maklumat lanjut tentang syarat-syarat penyertaan cabaran, sila rujuk kepada bahagian NEWS di dalam aplikasi.
* Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email (pastikan butiran anda adalah betul).
*Semua pulangan akan dihantar ke alamat penghantaran yang dinyatakan tanpa bayaran tambahan (Untuk penghantaran di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapore, Philippines, Thailand, Vietnam, Cambodia and Myanmar SAHAJA) dalam tempoh 21 hari selepas tamatnya larian.
Tambahan US$5 akan dikenakan untuk penghantaran di luar kawasan yang dinyatakan di atas.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila muat turun aplikasi SOFEA RUN di https://lnk.bio/aYug