Home / Artikel Menarik / Cara paling Mudah dan Murah untuk Mencegah Kaki Melecet!

Cara paling Mudah dan Murah untuk Mencegah Kaki Melecet!

blisters_header

Kulit melecet adalah musuh yang paling ditakuti oleh pelari. Gelembung berair yang pedih akan timbul akibat geseran di antara stokin atau kasut dengan kulit kaki. Ia akan menjadi lebih teruk atau berdarah jika dibiarkan berpanjangan.

Kulit melecet pasti akan menjejaskan prestasi larian walaupun sekecil mana lukanya. Terdapat pelbagai produk yang mendakwa dapat mengatasi masalah kulit melecet di pasaran; dari serbuk, pelicin, insole sehinggalah stokin yang mahal. Tetapi apakah cara yang paling berkesan untuk mencegah kaki daripada melecet?

Menurut kajian Clinical Journal of Sport Medicine, pita surgikal (surgical tape) yang terdapat di dalam peti ubat kecemasan adalah solusi yang paling mudah, murah dan berkesan untuk mecegah kulit melecet. Ia terbukti mengurangkan kejadian kulit melecet, sekurang-kurangnya 40% di kalangan pelari ultramarathon.

Oleh itu, jangan lupa untuk balutkan bahagian kaki yang mudah melecet sebelum perlumbaan jarak jauh anda.

Selain daripada pita surgikal, anda juga boleh mengambil langkah-langkah tambahan untuk mencegah kulit melecet.

1) Pastikan kasut padan dengan kaki anda. Walaupun tidak ada kasut yang boleh menjamin kaki anda tidak melecet, saiz kasut yang sesuai dan ikatan tali kasut yang stabil adalah penting untuk mengekalkan kaki dalam kedudukannya. Jika kasut terlalu kecil, kaki akan melecet di bahagian jari kaki. Jika ia teralu besar pula, ia akan bergeser dengan tumit .

2) Jangan pakai kasut baru untuk berlumba. “Season” atau gunakan kasut anda untuk latihan terlebih dahulu sebelum hari perlumbaan.

3) Pakai stokin dari jenis “drifit” yang mudah menyejatkan peluh. Kulit lebih cenderung untuk melecet dalam keadaan lembap. Elakkan memakai stokin kapas yang mudah dibasahi peluh.

4) Gunakan pelembap. Kukit kaki yang kering juga mudah luka dan melecet. Sapukan losyen atau krim setiap hari.

5) Sapukan bahan pelincir seperti Vaseline, Bodyglide dan sebagainya untuk bahagian-bahagian badan termasuk kaki.

Adakah anda sering mengalami kulit melecet semasa berlari? Apakah petua berkesan (dan tidak) anda untuk mengelakkannya? Sila kongsikan.

#jomkitalari

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!