Kuala Lumpur,20 Jun 2019 – Acara tahunan anjuran Under Armour – Test of Will bakal kembali lagi untuk memberi cabaran fizikal dan mental kepada penggemar-penggemar fitness. Acara yang ditunggu-tunggu ini bakal dilangsungkan pada 3 dan 4 Ogos 2019 di IOI City Mall, Putrajaya.
Berikutan kejayaan acara ini menarik lebih 4,100 peserta serantau, acara ini bakal memperkenalkan kategori elit tahun ini. Peserta-peserta lelaki dan wanita dengan markah tertinggi dari setiap negara di Singapore, Malaysia, Brunei, Thailand, Philippines dan Indonesia akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM3,888 (Kategori Terbuka) dan RM4,888 (Kategori Elit).
Cabaran ini adalah satu siri empat senanam selama satu minit setiap satu yang direka untuk menguji kekuatan para peserta. Markah akan diberi mengikut jumlah ulangan yang berjaya dicapai dalam setiap senaman.
Tahun ini, cabaran yang unik ini direka mengikut senaman tali oleh pelatih kecergasan, Henrik Olofsson, merangkumi double rope slams, rope Russian twist, reverse lunges dan rope pulls. Cabaran ditingkatkan berbanding acara tahun lepas di mana peserta boleh bertanding di dalam Kategori Elit yang mempunyai tahap kesukaran yang lebih mencabar.
Under Armour juga bakal berkerjasama dengan kelab kecergasan Celebrity Fitness untuk menganjurkan satu siri latihan percuma di bulan Julai bagi peserta-peserta yang telah mendaftar untuk membantu mereka membuat persiapan untuk acara Test of Will.
Setiap peserta akan menerima sehelai kemeja-T eksklusif UA Test of Will 2019 dan barangan daripada Under Armour dan para penaja yang mengambil bahagian.
Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, sila layari http://testofwill.com/. Panduan latihan yang mengandungi tips dan maklumat setiap senaman boleh dimuat-turun dari laman web tersebut.