Home / Berita Terkini / Berlari Untuk Menyelamatkan Lautan Bersama adidas

Berlari Untuk Menyelamatkan Lautan Bersama adidas

Putrajaya, 15 June 2019 – adidas Malaysia mengalu-alukan kembalinya ‘Run For The Oceans’ untuk kali ketiga berturut-turut, kali ini dengan adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL) sebagai hos untuk larian sejauh 8KM untuk menyokong usaha tersebut. Lebih 500 pelari yang terdiri daripada warga kerja adidas, ahli adidas runners KL dan media menyertai acara ini yang dilangsungkan di Putrajaya Challenge Park.
 

Hos Melissa Tan (kanan), berbual dengan seorang peserta tentang proses sisa plastik digunakan untuk membuat kasut Parley.
 

Para pelari acara Run for the Ocean turut berpeluang untuk memperlajari bagaimana plastik boleh dikitarsemula.
 

Pengalas cawan yang diperbuat daripada bahan sisa plastik yang telah dikitarsemula.
 

“Gerakan The ‘Run For The Oceans’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap ancaman pencemaran plastik di lautan dan kami gembira kerana adanya ARKL menerajui gerakan ini di Malaysia. adidas sedar akan ancaman tersebut terhadap lautan kita, justeru itu kami menjalinkan kerjasama dengan Parley for the Oceans dan membawakan acara ini Kuala Lumpur buat tahhun ketiga berturut-turut,” kata Cheng Yikhoong, Pengurus Kanan Aktivasi Jenama, adidas Malaysia.

Kapten Azwan mengetuai sesi memanaskan badan sebelum larian 8km
 

Pelari-pelari menikmati larian 8km sekitar Tasik Putrajaya.
 

Melepasi garisan penamat Run for the Ocean.
 

“Kami percaya bahawa sukan mempunyai kuasa mengubah gaya hidup dan ia terbukti pada hari ini. ARKL bertindak sebagai platform untuk pelari-perlari yang bersependapat untuk menyertai gerakan global untuk memerangi pencemaran plastik di lautan,” tambah beliau.
 


 

Dalam pergerakan global Run For The Oceans di antara 8 -16 Jun, pelari-pelari di serata dunia boleh mendaftar dan menyumbang kepada Run For The Oceans melalui aplikasi Runtastic, di mana adidas akan meyumbangkan USD1 untuk 1 km larian untuk usaha pemuliharaan lautan dalam program Parley Ocean School.

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!