Home / Berita Terkini / 10 Sebab Anda Harus Sertai Penang TOP International Tower Run

10 Sebab Anda Harus Sertai Penang TOP International Tower Run

Anda gemarkan cabaran larian menara? Adakah anak-anak tangga memberikan debaran yang mengujakan kepada anda? Jom sertai acara Penang TOP International Tower Run yang bakal diadakan di mercutanda tertinggi di Pulau Pinang – Menara KOMTAR pada 15 September 2019 (Ahad) ini.

(Dari Kiri) En. Chang Yi Hern (Pengasas & Pengarah Urusan JomRun), YB Soon Lip Chee (EXCO Negeri Pulau Pinang/ Penerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang) dan En. Joel Law (Pengurus Besar The Top, Pulau Pinang) di sidang media Penang TOP International Tower Run 2019

Penang TOP International Tower Run adalah acara larian menara PERTAMA di Pulau Pinang mendapat pengiktirafan (sanction) dari Persatuan Larian Menara Sedunia (Towerruning World Association) dan dianjurkan bersama oleh Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang dan The TOP, taman tema tertutup yang terbesar di Pulau Pinang.

Jom kita baca 10 tarikan utama Penang TOP International Tower Run yang menjadikan acara ini salah-satu aktiviti yang wajib anda sertai di Pulau Pinang!

1) Cabaran 68 tingkat, 1381 anak tangga
Cabar diri anda untuk memanjat anak-anak tangga ke puncak bangunan ikonik yang tertinggi di Georgetown, Pulau Pinang.

2) Yuran dengan harga berpatutan.
Tiket-tiket Early Bird (RM48) telah habis dijual. Kini, tiket-tiket Tahap 1 berharga RM58 sedang rancak dijual. Jangan berlengah lagi! Semakin lama anda tunggu, semakin mahal harga tiket.

3) Pingat penamat yang unik dan boleh berputar
Kalungkan pingat ini di leher dengan bangga di mercu KOMTAR!

4. Kemeja-T acara berjenama New Balance
Setiap peserta akan menerima sehelai kemeja-T New Balance yang menarik!

5. Pilihan untuk membeli Kemeja-T Penamat
Tak cukup dengan kemeja-T acara? Dapatkan kemeja-T penamat New Balance yang begitu EKSKLUSIF dengan harga RM40 sahaja!

6. Hadiah wang tunai yang menarik
Pemenang-pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai dan juga maskot The TOP yang comel.

7. Larian menara PERTAMA di Pulau Pinang yang diiktiraf dan memenuhi piawaian antarabangsa
ANak-anak tangga dan laluan larian telah diperiksa dan diiktiraf oleh Persatuan Larian Menara Malaysia (Malaysia Tower Running Association) dan memenuhi piawaian antarabangsa dan disanksi (sanction) oleh Persatuan Larian Menara Sedunia (World Towerrunning Association). Ini bermakna anda akan memperolehi 60 mata untuk kelayakan kejuaraan dunia Towerrunning.

8. Insurans perlindungan diri untuk semua
Setiap peserta akan dilindungi oleh insurans. Anda tidak perlu membeli pelan perlindungan secara berasingan.

9. Lebih 30 hadiah cabutan bertuah
Bawa pulang hadiah-hadiah cabutan bertuah yang bakal disediakan.

10. Runcation hebat di Pulau Pinang
Jadikan acara ini sebagai aktiviti percutian anda ke Pulau Pinang. Singgah di The TOP, taman tema tertutup terbesar di Pulau Pinang dengan 18 tarikan utama termasuk Rainbow Walk di atas KOMTAR.

Jom daftar sekarang di https://jomrun.com/event/penang-top-international-tower-run-2019

Muat turun aplikasi JomRun dari Play Store / App Store
Android app:
Iphone app:

Check Also

SHOKZ Lancar Fon Kepala OPENRUN PRO2 dengan Teknologi DualPitch™

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, Malaysia, 23 September 2024 – Jenama elektronik pengguna terkemuka …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!