Home / Berita Terkini / BROOKS Kembali Sebagai Penaja Pakaian Rasmi SCKLM 2018

BROOKS Kembali Sebagai Penaja Pakaian Rasmi SCKLM 2018

Pic 4 - SCKLM Pacers with SCKLM Pacer Coordinator Diana Afandi (in the middle)

Kuala Lumpur, 28 Feb 2018 – Brooks meneruskan penajaan kepada Standard Chartered KL Marathon 2018 (SCKLM2018) dalam ulang tahun ke-10 acara tersebut dengan membekalkan baju larian kepada lebih 38,000 perserta.

Pacer Rasmi SCKLM2018 juga menerima persalinan larian yang lengkap termasuk vest kuning dan kasut larian. Kit pacer telah diserahkan dalam satu majlis di kedai Brooks, MyTown Cheras. Vest larian pacer yang direka oleh Brook dengan Equilibrium Technology yang ringan, telus udara dan selesa.

SCKLM2018 kali ini menampilkan 23 orang pacers untuk membantu para pelari mencapai sasaran masa dalam kategori Full Marathon dan buat kali pertama, 6 orang pacer lagi untuk kategori Half Marathon.

Pada hari perlumbaan, pacer akan membawa sebiji belon besar yang diikat pada badan agar senang dilihat dan bagi memudahkan para pelari mengikuti mereka.

Pic 6 - SCKLM Pacers posing with a Dancing Lion and Rainer Biemans, Project Director of SCKLM and Director, Dirigo Events

Pacing adalah satu elemen yang penting jika anda ingin menamatkan marathon dalam masa yang disasarkan. Pacer boleh membantu anda berlari dengan pace (kelajuan) yang diperlukan. Pelari baru terutamanya, merasakan agak sukar bagi mereka untuk mengekalkan pace kerana kurang berpengalaman atau keletihan. Kehadiran pacer memberi motivasi dan dorongan untuk pelari kembali kepada pace sasaran ke garisan penamat.

Untuk mengenali pacer anda dengan lebih dekat, sila layari https://www.kl-marathon.com/volunteers/pacers/

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!